July 2, 2022
Berdasarkan desas-desus yang berlegar di media sosial buat masa ini, Perodua Alza 2022 kini dikatakan sudah boleh ditempah pada anggaran harga RM69,000! Menurut hantaran yang dibuat oleh Ong Wanqiu di laman Facebook Perodua Alza 第二代2022(中文版讨论区, Perodua Alza 2022 itu kini boleh ditempah dengan yuran tempahan sebanyak RM100 (boleh dikembalikan) dan pelancarannya dijangka pada bulan Jun tahun ini. 3 Varian Ditawarkan, Pelancaran Pada Jun Sementara itu, Keith Lau turut berkongsi tiga spesifikasi yang mungkin bakal diperkenalkan oleh Perodua pada model ini seperti X, H dan AV. Tambahnya, beliau mendengar ura-ura bahawa Alza bakal dilancarkan pada 26 Jun nanti. Khabar angin tersebut masuk akal juga memandangkan Perodua telah memaklumkan bahawa pengeluaran Alza terkini telah dianjakkan sehingga April 2022 dan bakal disusuli dengan model Alza baharu selepas itu. Spesifikasi Mengikut Varian (Tidak Rasmi) 1.5L X CVT Perodua Smart Drive Assist (beberapa ciri terpilih sahaja) Advanced Safety Assist 3.0 1.5L 2NR-VE Dual VVT-i DOCH D-CVT dengan ratio 7 kelajuan virtual Tempat duduk fabrik Meter dengan paparan LCD Rim aloi 15 inci Enjin Stop/Start automatik Lampu hadapan LED dengan fungsi lampu tinggi automatik Kawalan penyaman udara digital Radio, Bluetooth dan 4 pembesar suara 4 beg udara kecemasan Kawalan kestabilan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) 1.5L H CVT (Penambahan dari varian X) Perodua Smart Drive Assist (beberapa ciri terpilih sahaja) Lampu utama LED dengan signal versi sequential, lampu membelok dan Adaptive Driving Beam (ADB) Cermin sisi auto lipat 6 beg udara kecemasan Apple Carplay dan Android Auto Sensor parkir hadapan Kamera undur 1.5L AV CVT (Penambahan dari varian H) Perodua Smart Drive Assist (ciri penuh) Tempat duduk balutan kulit Rim aloi 16 inci 6 pembesar suara Brek parkir elektrik dengan fungsi auto-hold Perakam video pemanduan Filem tingkap Solar dan Sekuriti Adaptive Cruise Control Lane Centering Assist Blind Spot Monitoring Rear Cross Traffic Alert (RCTA) Warna Yang Ditawarkan Ivory White (solid) Glittering Silver (metallic) Garnet Red (metallic) – Varian X terkecuali Vintage Brown (metallic) – Varian X terkecuali Elegant Black (metallic) Sejauh Mana Kebenaran Ini? Untuk memastikan status kebenaran khabar angin ini, Carlist.my telah menghubungi beberapa penasihat jualan Perodua di Lembah Klang dan jawapan yang kami terima rata-rata mengatakan bahawa tempahan masih belum dibuka dan mereka masih menunggu tarikh untuk mengambil tempahan dari HQ. Walau bagaimanapun, rata-rata daripada mereka mengatakan respon yang diberikan terhadap Alza 2022 ini amat luar biasa. Ini membuatkan segelintir bilik pameran yang sudah mula mengambil tempahan keatas model ini. Perodua Gurun di Facebook juga berkata Alza baharu kemungkinan akan keluar pada bulan hadapan dan jika pembeli berminat untuk mengemukakan pinjaman boleh memohon amaun pinjaman seperti Perodua Aruz kerana harganya lebih kurang dengan Alza baharu nanti. Menurut Perodua Gurun, amaun itu boleh ditukar semula dengan amaun harga Alza 2022 bila harganya sudah dikeluarkan nanti. Ada beberapa pelanggan yang sudah membuat pinjaman tersebut kerana sudah tidak sabar nak menempah Alza baharu ini. Jika benar harga RM69,000 itu merupakan harga untuk Alza baharu ini, ia lebih mahal daripada Alza sedia ada yang dijual dari harga RM49,944 dan RM60,525 ketika ini setelah diberikan pengecualian SST. Namun dengan segala penambahan terutamanya dari segi keselamatan, harga tersebut masuk akal juga. Walaupun harganya mungkin hampir sama dengan Aruz, namun kedua-dua kereta ini berbeza kerana Aruz menggunakan kerangka ladder frame dan pacuan roda belakang manakala Alza pula menggunakan kerangka unibody dan pacuan roda hadapan. Sama seperti Perodua Ativa serta Daihatsu Xenia, Alza ini dijangka akan dihasilkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang membuatkan Alza ini lebih besar berbanding model lamanya meskipun jarak antara rodanya kekal sama. Khabar angin ini mungkin betul, mungkin tidak memandangkan ia datang dari sumber yang tidak rasmi. Kalau betul lancar bulan depan, nantikan sahaja pengumuman rasmi dari Perodua berkenaan model Alza 2022 ini tidak lama lagi.

Berdasarkan desas-desus yang berlegar di media sosial buat masa ini, Perodua Alza 2022 kini dikatakan sudah boleh ditempah pada anggaran harga RM69,000!

Menurut hantaran yang dibuat oleh Ong Wanqiu di laman Facebook Perodua Alza 第二代2022(中文版讨论区, Perodua Alza 2022 itu kini boleh ditempah dengan yuran tempahan sebanyak RM100 (boleh dikembalikan) dan pelancarannya dijangka pada bulan Jun tahun ini.

3 Varian Ditawarkan, Pelancaran Pada Jun

Sementara itu, Keith Lau turut berkongsi tiga spesifikasi yang mungkin bakal diperkenalkan oleh Perodua pada model ini seperti X, H dan AV. Tambahnya, beliau mendengar ura-ura bahawa Alza bakal dilancarkan pada 26 Jun nanti.

Khabar angin tersebut masuk akal juga memandangkan Perodua telah memaklumkan bahawa pengeluaran Alza terkini telah dianjakkan sehingga April 2022 dan bakal disusuli dengan model Alza baharu selepas itu.

Spesifikasi Mengikut Varian (Tidak Rasmi)

1.5L X CVT

Perodua Smart Drive Assist (beberapa ciri terpilih sahaja)
Advanced Safety Assist 3.0
1.5L 2NR-VE Dual VVT-i DOCH
D-CVT dengan ratio 7 kelajuan virtual
Tempat duduk fabrik
Meter dengan paparan LCD
Rim aloi 15 inci
Enjin Stop/Start automatik
Lampu hadapan LED dengan fungsi lampu tinggi automatik
Kawalan penyaman udara digital
Radio, Bluetooth dan 4 pembesar suara
4 beg udara kecemasan
Kawalan kestabilan
Brek Kecemasan Autonomi (AEB)

1.5L H CVT (Penambahan dari varian X)

Perodua Smart Drive Assist (beberapa ciri terpilih sahaja)
Lampu utama LED dengan signal versi sequential, lampu membelok dan Adaptive Driving Beam (ADB)
Cermin sisi auto lipat
6 beg udara kecemasan
Apple Carplay dan Android Auto
Sensor parkir hadapan
Kamera undur

1.5L AV CVT (Penambahan dari varian H)

Perodua Smart Drive Assist (ciri penuh)
Tempat duduk balutan kulit
Rim aloi 16 inci
6 pembesar suara
Brek parkir elektrik dengan fungsi auto-hold
Perakam video pemanduan
Filem tingkap Solar dan Sekuriti
Adaptive Cruise Control
Lane Centering Assist
Blind Spot Monitoring
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Warna Yang Ditawarkan

Ivory White (solid)
Glittering Silver (metallic)
Garnet Red (metallic) – Varian X terkecuali
Vintage Brown (metallic) – Varian X terkecuali
Elegant Black (metallic)

Sejauh Mana Kebenaran Ini?

Untuk memastikan status kebenaran khabar angin ini, Carlist.my telah menghubungi beberapa penasihat jualan Perodua di Lembah Klang dan jawapan yang kami terima rata-rata mengatakan bahawa tempahan masih belum dibuka dan mereka masih menunggu tarikh untuk mengambil tempahan dari HQ.

Walau bagaimanapun, rata-rata daripada mereka mengatakan respon yang diberikan terhadap Alza 2022 ini amat luar biasa. Ini membuatkan segelintir bilik pameran yang sudah mula mengambil tempahan keatas model ini.

Perodua Gurun di Facebook juga berkata Alza baharu kemungkinan akan keluar pada bulan hadapan dan jika pembeli berminat untuk mengemukakan pinjaman boleh memohon amaun pinjaman seperti Perodua Aruz kerana harganya lebih kurang dengan Alza baharu nanti.

Menurut Perodua Gurun, amaun itu boleh ditukar semula dengan amaun harga Alza 2022 bila harganya sudah dikeluarkan nanti. Ada beberapa pelanggan yang sudah membuat pinjaman tersebut kerana sudah tidak sabar nak menempah Alza baharu ini.

Jika benar harga RM69,000 itu merupakan harga untuk Alza baharu ini, ia lebih mahal daripada Alza sedia ada yang dijual dari harga RM49,944 dan RM60,525 ketika ini setelah diberikan pengecualian SST. Namun dengan segala penambahan terutamanya dari segi keselamatan, harga tersebut masuk akal juga.

Walaupun harganya mungkin hampir sama dengan Aruz, namun kedua-dua kereta ini berbeza kerana Aruz menggunakan kerangka ladder frame dan pacuan roda belakang manakala Alza pula menggunakan kerangka unibody dan pacuan roda hadapan.

Sama seperti Perodua Ativa serta Daihatsu Xenia, Alza ini dijangka akan dihasilkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang membuatkan Alza ini lebih besar berbanding model lamanya meskipun jarak antara rodanya kekal sama.

Khabar angin ini mungkin betul, mungkin tidak memandangkan ia datang dari sumber yang tidak rasmi. Kalau betul lancar bulan depan, nantikan sahaja pengumuman rasmi dari Perodua berkenaan model Alza 2022 ini tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language