Categories
Auto news

Tempahan Perodua Cecah 243,000 Unit – Sasar Jual Lebih 280,000 Unit Tahun Ini

Tempahan kenderaan Perodua kini mencecah 243,000 unit dan syarikat tersebut kini mensasarkan lebih 280,000 unit kenderaan terjual untuk tahun ini, berbanding sasaran awalnya sebanyak 247,800 unit yang disasarkan pada awal 2022.  

Jika nak ikut pada sasaran awalnya sebanyak 247,800 unit, ia merupakan rekod tertinggi dalam sejarah penubuhan Perodua sekiranya angka itu tercapai. Namun kini angka itu telah ditambah lagi ekoran jumlah tempahan tertunggak mereka ketika ini sedang menghampiri sasaran yang dibuat pada awal tahun ini.

Hasilkan 26,000 Unit Sebulan

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, penyelarasan semula angka jualan akan dibuat pada Ogos ini berdasarkan:

Jumlah tempahan semasa
Kemampuan sistem pengeluaran vendor
Kapasiti serta pengenalan Perodua Alza serba baharu

Perkara ini sedikit sebanyak didorong oleh Perodua Alza 2022 yang sudah mencapai lebih 30,000 tempahan buat masa ini.

Jelas Zainal, mengikut pengiraan awal bagi mencapai sasaran 243,000 unit tempahan, Perodua perlu mengeluarkan 26,000 unit sebulan bagi tempoh Julai hingga Disember. Jumlah jualan bagi Januari hingga Jun pula adalah 127,000 unit.

“Jika digabungkan angka sasaran dan jualan enam bulan pertama, ia pasti akan melebihi 247,800 unit. Berdasarkan asas perkiraan kami, jumlah jualan mungkin lebih 280,000 unit tahun ini,” kata Zainal.

Pada tahun lalu, Perodua menjual 190,291 unit kenderaan, merosot 13.6% berbanding 220,154 unit yang dicatatkan pada 2020 ekoran kesan daripada:

COVID-19
Gangguan bekalan cip semikonduktor
Banjir

Perodua Tiada Masalah Besar Hasilkan Kereta

Menurut Zainal, isu kekurangan pekerja, komponen vendor dan bekalan cip semikonduktor tidak akan memberi kesan besar kepada pengeluarannya untuk tahun ini.

Ketika ini, isu kekurangan pekerja asing yang dihadapi oleh vendor mereka juga semakin pulih manakala bagi isu cip komputer, Perodua mengambil langkah pengurusan risiko dengan mengambil pembekal alternatif.

Kereta Elektrik Perodua

Sementara itu, Zainal berkata, Perodua masih menjalankan kajian daya maju mengenai kerjasama dengan syarikat nasional lain untuk meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi.

“Masih dalam perancangan dan sebarang pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa. Kita akan menjadi antara syarikat untuk bergabung mencapai sasaran neutral karbon menjelang 2050 dapat dicapai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language