Categories
Auto news

Tengku Djan, Mika Hakimi Tawan Perlumbaan 1 dan 2 TGR Vios Sprint Cup

Berada di tempat yang betul dan menyerang pada masa yang tepat menjadi formula kemenangan bagi pasangan pelumba Tengku Djan Tengku Mahaleel dan Mika Hakimi yang merekodkan kemenangan cemerlang dalam Perlumbaan 1 dan 2 GAZOO Racing Vios Sprint Cup.

Pasangan pelumba dari pasukan Prima Pearl TD Racing mencatatkan perlumbaan yang memberangsangkan di Litar Antarabangsa Sepang setelah memenangi kedua-dua perlumbaan yang mengambil masa selama satu jam.

Mika yang berusia 18 tahun memecut ke garisan penamat sebagai pemenang selepas merampas kedudukan pendahulu dalam pusingan terakhir Perlumbaan 1 sementara Tengku Djan, Juara keseluruhan Cabaran Vios sebanyak tiga kali dan Raja Drift Malaysia terpaksa menunggu sehingga peringkat kedua terakhir Perlumbaan 2 untuk merampas kemenangan.

Tidak seperti Perlumbaan 1 yang diadakan dalam keadaan panas terik, Perlumbaan 2 berlangsung selepas perlumbaan tertunda dua kali akibat hujan. Sejurus reda, permukaan litar sepanjang sekitar 5.543km menjadi lebih mencabar dan licin.

Keputusan Perlumbaan 2 Vios Sprint Cup 

Tengku Djan Ley/Mika Hakimi – Prima Pearl TD Racing
Boy Wong/Nabil Azlan – Axle Motorsports
Hayden Haikal/Naquib Azlan – Axle Motorsport
Eddie Liew/Putera Adam – Laser Motor Racing
Farique Hairuman/Tarmimi Tahang – M7 Japan Project Racing Team

Statistik Perlumbaan

Grid Perlumbaan 2 terdiri daripada 19 kereta atau 38 pemandu, dengan kemasukan pelumba Laser Motor Racing, Eddie Liew dan Putera Adam yang dapat mengatasi masalah teknikal yang menyingkirkan pasangan itu dari memulakan Perlumbaan 1.

Tengku Djan dan Mika memulakan Perlumbaan 2 di tempat keenam kedudukan setelah dikenakan hukuman penalti. Walau bagaimanapun, pendahulu grid Perlumbaan 2, pasangan Ady Rahimy dan Abdul Miqail memulakan permulaan yang baik tetapi gagal mengekalkan pendahulu perlumbaannya apabila Vios yang dipandu berpusing keluar trek sebaik perlumbaan memasuki pusingan kedua.

Itu membuatkan Naquib sebagai pendahulu perlumbaan bersama Bradley, disamping Nabil dan Mika dalam mengejar. Kedudukan kekal tidak berubah selama empat pusingan sehingga Bradley tersilap menilai kadar breknya, membuatkan beliau kehilangan kedudukan kepada Nabil dan Mika.

Pelumba yang paling mencuri perhatian adalah Putera Adam yang melonjak 17 anak tangga dari kedudukan terakhir dan mendahului pada pusingan ke-7 perlumbaan. Pelumba berusia 16 tahun itu memecut laju dan menjadi pelumba terakhir yang membuat hentian pit wajib bagi penukaran pemandu.

Berbaki 30 minit perlumbaan, pasangan Putera Adam yang kini memandu, Eddie mendahului perlumbaan di hadapan Tengku Djan. Namun jarak tersebut berkurangan setelah  pusingan demi pusingan apabila pasangan Tengku Djan dan Boy melepasi litar hampir satu saat setiap pusingan lebih pantas, dan menjelang pusingan ke-14, ketiga-tiga pemandu itu bersaing untuk kedudukan pendahulu.

Dengan hanya berbaki tiga pusingan, Tengku Djan menyerap tekanan untuk bergerak dari tempat ketiga ke tempat pertama seperti yang dilakukan pasangannya, Mika pada hari untuk memenangi Perlumbaan 1.

Bagi Tengku Djan, Mika mempamerkan kelajuan yang hebat apabila berjaya kekal tenang sepanjang perlumbaan berlangsung. Kerjasama antara kedua-dua pemandu amat penting untuk bersaing dalam perlumbaan seperti ini, katanya.

Format Baharu Tawar Kelainan

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K. berkata GAZOO Racing Vios Sprint Cup dan format perlumbaan satu jam dengan pertukaran pemandu sudah pasti memperkenalkan dinamik baharu kepada perlumbaan.

 “Elemen-elemen ini digabungkan adalah selaras dengan usaha kami untuk menyumbang bukan sahaja minat yang semakin meningkat dalam sukan permotoran, tetapi untuk menjadikannya lebih menarik untuk pasukan dan pemandu yang mengambil bahagian serta penonton dan peminat,” kata Ravindran.

Perlumbaan GAZOO Racing Vios Sprint Cup telah diadakan sempena Siri Kejohanan Malaysia (MCS) yang menampilkan dua perlumbaan 1 jam pada hujung minggu, dengan setiap pasukan menampilkan dua pemandu untuk bersaing dalam Vios untuk mendapatkan hadiah berjumlah RM60,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language