Categories
Auto news

Terowong SMART berfungsi Baik – Hujan lebat 6 jam, tiada banjir

Hujan lebat yang berterusan selama 6 jam sejak malam tadi tidak menyebabkan banjir di ibu kota susulan Terowong SMART yang telah berfungsi dengan baik.

Pusat kawalan banjir terowong lebuh raya SMART (SMART SCC) berjaya menangani risiko banjir dengan mengawal aliran air ke pusat bandar raya, susulan hujan lebat sejak 11 malam tadi hingga 5 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan hari ini berkata, SMART SCC telah mengurangkan aliran air sebanyak 256.16 meter padu per saat kepada hanya 10 meter padu per saat.

Menurut kenyataan itu, pusat berkenaan telah mengaktifkan operasi banjir kepada mode dua pada 1.28 pagi apabila aliran air di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 70 meter padu per saat.

Seterusnya operasi turut diaktifkan untuk mode tiga pada pukul 2.08 pagi setelah aliran air di pertemuan di Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 150 meter padu per saat.

Kenyataan itu turut memaklumkan semasa operasi mode ini, proses penyuraian dan penutupan terowong trafik dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART (SMART MCC).

Terowong SMART ini telah dibuka semula untuk kegunaan umum pada 5.27 pagi.

Menurut JPS, sepanjang operasi tersebut, lebih 1 juta meter padu air dilencongkan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Kolam Takungan Berembang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language