Categories
Auto news

TIPS BATERI KERETA TAHAN LAMA : Elak bateri kereta kong lebih cepat dengan 4 tips ini.

Ketahui cara tingkatkan jangka hayat bateri kereta, seperti cara periksa bateri kereta, tabiat memandu yang boleh memendekkan jangka hayat bateri kereta dan pemilihan bateri kereta berkualiti.

Malaysia terkenal dengan cuaca yang panas dan lembap. Tahukah anda, haba panas merupakan salah satu faktor dalam mengurangkan jangka hayat dan juga prestasi bateri kereta anda. Tetapi anda tidak perlu risau, semua bateri kereta telah ditambah baik bagi mengelakkan cuaca di Malaysia mengganggu ketahanan bateri anda. Walaubagaimanapun, anda masih perlu memahami cara menjaga bateri kereta dengan betul supaya anda dapat mengurangkan risiko bateri kereta kong dengan lebih cepat.

Berapa lama ketahanan bateri kereta anda?

Apa cara untuk elak bateri kereta kong lebih cepat?

Pemeriksaan bateri kereta berkala, cara cek bateri kereta
Cara pemanduan yang seimbang
Elak penggunaan sistem elektrik berlebihan
Menggunakan bateri kereta berkualiti

Ia bergantung kepada jenis bateri apa yang kereta anda gunakan. Bagi jangka hayat bateri kereta kering, ia mempunyai jangka hayat sekitar 2 tahun sahaja. Manakala, bagi jangka hayat bateri kereta basah pula antara 5 hingga 10 tahun.  Anda pakai kereta hybrid? Jangka hayat bateri kereta hybrid bergantung kepada jenama kereta anda, bagi Honda, syarikat menjanjikan ia boleh digunakan sehingga 8 tahun, manakala bagi Toyota pula sehingga 120ribu km. Tapi… semua ini bergantung kepada cara pemakaian anda. Jom baca beberapa tips supaya bateri kereta anda tahan lama.

Rajin-rajinkan diri anda untuk membuka but depan kereta dengan lebih kerap. Jangan lupa, bateri kereta juga perlu diperiksa sama seperti minyak hitam. Bateri kereta ada SERBUK BIRU? AWAS! Itu merupakan pertanda karat. Elak dari serbuk tersebut berkumpul di bateri kereta anda. Bersihkan menggunakan serbuk soda dan air serta gosok menggunakan berus dawai. Selain itu, anda juga boleh cek bateri kereta guna multimeter. Ini dapat membuat anda lebih yakin untuk meneruskan perjalanan anda terutamanya perjalanan jauh.

Cara pemanduan yang seimbang
Tahukah anda, perjalanan pendek yang kerap boleh merosakkan bateri kereta anda. Apabila anda memandu, alternator akan cas semula bateri. Jadi, bila perjalanan terlampau pendek, bateri tak sempat cas penuh dan menyebabkan kapisiti bateri menurun. Kesimpulannya, elak membuat perjalanan pendek atau sering “start” dan “off” enjin kereta anda.

Siapa pernah terlupa “off” lampu kereta bila pergi “Mall”? Masuk kereta, enjin tak boleh hidup! Malunya kena pinjam bateri kereta lain untuk “jump” kereta anda. Kenapa jadi macamni? Ini kerana, bila enjin mati, bateri kereta anda perlu bekerja keras untuk mengekalkan sistem elektik di kereta anda. Isu ini boleh membuat bateri kereta lebih cepat habis. Mengakibatkan, bateri kereta cepat habis. Jadi, dangan pakai barang elektrik dalam kereta tanpa menghidupkan enjin kereta.
Bayangkan anda nak ke suatu destinasi, jadi anda masuk kereta lalu anda “ON” lampu depan, radio, caj telefon, caj “power bank”. Kita baca pun penat, inikan pula bateri kereta anda. Elak dari menggunakan barang elektrik dalam kereta dengan serentak. Ia akan membuatkan bateri kereta anda bekerja lebih keras. Hasilnya? Bateri cepat kong!

Menggunakan bateri kereta berkualiti
Walaupun harga sedikit tinggi, memilih jenama bateri kereta yang betul adalah pilihan yang berbaloi. Bateri kereta yang berkualiti telah dibuktikan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Ini bermakna, anda tidak perlu terlalu kerap tukar bateri kereta anda. Ia boleh membantu anda berjimat dalam jangka waktu panjang.Sebagai contoh, jangka hayat bateri kereta amaron (NS60L RM288) adalah 3 tahun sehingga 3 tahun setengah. Manakala untuk jangka hayat bateri kereta century (NS60L RM200) pula adalah 2 hingga 3 tahun. Jadi Ia bergantung kepada anda. Ingin yang murah atau lebih tahan lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language