September 25, 2022
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tol percuma dan diskaun tol sebanyak 50% dan 30% bagi 30 lebuh raya yang terlibat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menurut PM, tol percuma dan diskaun itu melibatkan jumlah sebanyak RM77.11 juta dan ia akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi. *Kredit foto: Bernama Tol Percuma Hari Raya 2022 Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT). Tambah PM, ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan Tol percuma juga diberikan kepada pengguna yang pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga 11.59 malam 8 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan. *Kredit foto: Harian Metro Lebuh Raya Terlibat (Tol Percuma) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA) Jambatan Pulau Pinang (JPP) Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Lebuhraya KL – Karak (KLK) PM turut menjelaskan tawaran diskaun tol antara 30% hingga 50% akan diberikan kepada lebuh raya selain PLUS dan LPT pada tarikh dan masa sama bagi semua kelas kenderaan. *Kredit foto: Gamuda Diskaun Tol 50% Lebuhraya Shah Alam (Kesas) Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA) Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH) Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX) Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) Diskaun Tol 30% Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART) Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE) Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (JPP2) Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL – Barat (SPRINT) Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRANDSEPADU) Lebuhraya Senai – Desaru (SDE) Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya, terutamanya golongan berpendapatan rendah. “Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang,” jelas PM.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tol percuma dan diskaun tol sebanyak 50% dan 30% bagi 30 lebuh raya yang terlibat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut PM, tol percuma dan diskaun itu melibatkan jumlah sebanyak RM77.11 juta dan ia akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.

*Kredit foto: Bernama

Tol Percuma Hari Raya 2022

Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

Tambah PM, ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan

Tol percuma juga diberikan kepada pengguna yang pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga 11.59 malam 8 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan.

*Kredit foto: Harian Metro

Lebuh Raya Terlibat (Tol Percuma)

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

Lebuhraya KL – Karak (KLK)

PM turut menjelaskan tawaran diskaun tol antara 30% hingga 50% akan diberikan kepada lebuh raya selain PLUS dan LPT pada tarikh dan masa sama bagi semua kelas kenderaan.

*Kredit foto: Gamuda

Diskaun Tol 50%

Lebuhraya Shah Alam (Kesas)

Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX)

Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Diskaun Tol 30%

Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)

Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)

Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)

Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (JPP2)

Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL – Barat (SPRINT)

Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)

Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRANDSEPADU)

Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang,” jelas PM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language