May 28, 2022
Tol percuma dan diskaun tol sebanyak 50% dan 30% yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini tetap memerlukan mereka untuk mengimbas (scan) kad TNG/RFID/SmartTag. Tapi bagaimana nak lalu plaza tol yang percuma? Pengguna lebuh raya yang mahu memanfaatkan peluang ini tetap perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika di plaza tol termasuklah syarat menyentuh kad Touch 'n Go.  *Kredit foto:Berita Harian Kenapa Kena Scan? Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik.  Walau bagaimanapun, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada e-wallet mereka. Pengguna yang menggunakan RFID juga perlu memastikan jalan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja. Pengguna SmartTag juga perlu menggunakan lorong yang sama sahaja. Periksa Status Kad TNG Pengguna kad TNG dinasihatkan supaya memeriksa status kad sebelum memulakan perjalanan di portal TNG - http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login. ini bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol sekiranya kad TNG mereka tidak aktif atau telah melebihi tarikh luput.  Pengguna lebuh raya juga disaran supaya : memuat turun aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuh raya melalui CCTV yang disediakan. menggunakan Waze atau Google Map untuk merancang perjalanan sepanjang musim perayaan. mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan.  

Tol percuma dan diskaun tol sebanyak 50% dan 30% yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini tetap memerlukan mereka untuk mengimbas (scan) kad TNG/RFID/SmartTag. Tapi bagaimana nak lalu plaza tol yang percuma?

Pengguna lebuh raya yang mahu memanfaatkan peluang ini tetap perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika di plaza tol termasuklah syarat menyentuh kad Touch ‘n Go. 

*Kredit foto:Berita Harian

Kenapa Kena Scan?

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik. 

Walau bagaimanapun, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada e-wallet mereka.

Pengguna yang menggunakan RFID juga perlu memastikan jalan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja. Pengguna SmartTag juga perlu menggunakan lorong yang sama sahaja.

Periksa Status Kad TNG

Pengguna kad TNG dinasihatkan supaya memeriksa status kad sebelum memulakan perjalanan di portal TNG – http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

ini bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol sekiranya kad TNG mereka tidak aktif atau telah melebihi tarikh luput. 

Pengguna lebuh raya juga disaran supaya :

memuat turun aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuh raya melalui CCTV yang disediakan.

menggunakan Waze atau Google Map untuk merancang perjalanan sepanjang musim perayaan.

mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language