Categories
Auto news

Toyota Alphard Hilang Selepas Disewakan Melalui Trevo

Seorang lelaki telah berputih mata setelah Toyota Alphard bernilai RM361,723 miliknya hilang selepas disewakan menerusi aplikasi Trevo.

Menerusi perkongsian Nor Azam Budin (mangsa) di media sosial, beliau turut mendedahkan sisi gelap aplikasi sewa kereta tersebut melalui pengalamannya sehingga menjadi punca kereta yang dihadiahkan kepada isterinya dibawa lari pengguna tidak bertanggungjawab.

Kredit foto: Nor Azam Budin

Toyota Alphard Dilarikan Penyewa

Selepas mangsa menyenaraikan keretanya sebagai kereta sewa dengan kadar sewaan bernilai RM700 sehari, beliau telah menerima tempahan daripada pelanggan berminat yang mahu menyewa kereta itu pada 29 hinga 30 Jun 2022.

Menurutnya, segala urusan pengambilan dan penghantaran kereta sewa itu dilakukan sendiri oleh pihak Trevo, namun kereta yang disewakan itu gagal dipulangkan kepadanya pada masa dan tarikh yang ditetapkan.

Menurut Trevo, suspek telah meminta wakil pihak Trevo untuk membatalkan pengambilan kereta itu di aplikasi kepada mangsa kerana suspek berkata beliau sendiri yang akan memulangkan kereta itu kepada mangsa.

Suspek telah menghubungi wakil Trevo dan memaklumkan bahawa Alphard tersebut telah diserahkan kepada penyewa lain yang berada di Banting. Selepas itu, suspek tidak lagi berjaya dihubungi sehingga ke hari ini.

Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah membuka kertas Siasatan Jenayah Komersil IPD Brickfields berkenaan kes ini. Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan ini.

Sisi Gelap Trevo

Menurut mangsa, beliau menyesal kerana menyewakan keretanya kerana kereta yang disewakan seperti ini tidak akan ditanggung oleh pihak insurans sekiranya sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Mangsa turut kesal kerana perkara penting seperti ini langsung tidak dinyatakan oleh pihak Trevo, termasuk di bahagian soalan lazim mereka.

Selain itu, mangsa turut berkongsi sistem keselamatan Trevo yang cincai seperti pengesahan pengguna yang diklasifikasikan sebagai tidak boleh dipakai.

Menerusi dokumen tambahan yang disediakan Trevo bagi tujuan laporan polis, mangsa mempersoalkan mengapa Trevo boleh mengesahkan identiti penyewa yang mengenakan cermin mata hitam ketika bergambar selain rupa suspek langsung tidak menyamai kad pengenalan yang dipegang olehnya dalam gambar itu.

Mangsa turut menjelaskan pihak polis turut menunjukkan laporan pada 25 Jun di mana terdapat individu yang menggunakan kad pengenalan individu lain dalam mencuri Toyota Hiace. Modus operandi kes tersebut sama seperti Alphard yang hilang ini. Kebiasaannya, suspek akan menghubungi pemilik asal kereta menerusi aplikasi dan meminta pemilik untuk ‘deal tepi’ dan menawarkan bayaran lebih.

Ganjaran Wang Tunai Jika Jumpa Kereta

Pihak Trevo telah menawarkan jalan penyelesaian jangka pendek dengan memberikan ganjaran wang tunai bernilai RM5,000 sebagai tambahan kepada ganjaran RM3,000 yang diberikan sendiri oleh mangsa kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu mengesan lokasi Alphard tersebut.

Selain itu pihak Trevo juga akan menyediakan kereta ganti untuk kegunaan mangsa buat masa ini. Jika Alphard itu gagal dijumpai, ganti rugi juga akan disediakan. Diharapkan perkongsian mangsa dapat membuka mata lebih ramai pemilik kereta supaya tidak melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language