December 5, 2022
Toyota Indonesia memang sudah berkongsi gambar teaser Toyota Innova 2023 ini di Facebook mereka, tapi ini kali pertama model ini dijumpai tanpa sebarang pelekat celoreng. Berdasarkan gambar spyshot yang dikongsikan oleh Kompas.com. varian yang dijumpai sedang melakukan ujian jalan raya itu adalah Toyota Innova 2023 versi hibrid. Spyshot Toyota Innova Hibrid 2023 Media sosial Toyota Indonesia telah mengesahkan bahawa model 2023 MPV 7-tempat duduk itu akan hadir dengan tenaga baharu (hibrid), namun penampakan ini mengesahkan bahawa varian hibrid ini bakal hadir dengan sunroof. Logo hibrid di bahagian pintunya juga jelas kelihatan seperti model hibrid Toyota yang lain. Rupa hadapannya pula hadir dengan fril hexagon dengan rekaan lampu yang lebih tirus bersama kemasan bampar hadapan berbentu H yang memanjang. MPV ini juga menjadi Innova pertama yang dibina menggunakan platform TNGA (Toyota New Global Architecture berbanding IMV chassis yang diasaskan dari Hilux seperti model sebelumnya. Oleh itu, Toyota Innova 2023 bakal hadir dengan pacuan roda hadapan (FWD) berbanding pacuan roda belakang (RWD). Sekiranya model ini menggunakan enjin 1.8L yang sama seperti Toyota Corolla Cross hibrid di Malaysia, enjin Dual VVT-I empat silinder itu menghasilkan 98 PS dan 142 Nm dan apabila digandingkan dengan motor elektrik, ia menghasilkan 122 PS dan 163 Nm. Ketika ini, Toyota Innova sedia ada dijua di Malaysia pada harga RM133,880 hingga RM141,880. Sekiranya model hibrid akan diperkenalkan, ia sudah pasti akan menjadi varian tertinggi Innova nanti jika mengikut pada harga Corolla Cross hibrid yang lebih tinggi berbanding varian petrol biasa. Menurut laporan Kompas.com, Toyota Innova 2023 ini bakal dilancarkan pada 17 November 2022. Untuk harga di Indonesia, Toyota Innova 2023 versi hibrid dijangka bakal dijual pada harga lebih kurang RM138,000. Tapi bila masuk di Malaysia, agak-agak berapa pula harga MPV ini nanti?     *Kredit foto: Kompas.com

Toyota Indonesia memang sudah berkongsi gambar teaser Toyota Innova 2023 ini di Facebook mereka, tapi ini kali pertama model ini dijumpai tanpa sebarang pelekat celoreng.

Berdasarkan gambar spyshot yang dikongsikan oleh Kompas.com. varian yang dijumpai sedang melakukan ujian jalan raya itu adalah Toyota Innova 2023 versi hibrid.

Spyshot Toyota Innova Hibrid 2023

Media sosial Toyota Indonesia telah mengesahkan bahawa model 2023 MPV 7-tempat duduk itu akan hadir dengan tenaga baharu (hibrid), namun penampakan ini mengesahkan bahawa varian hibrid ini bakal hadir dengan sunroof.

Logo hibrid di bahagian pintunya juga jelas kelihatan seperti model hibrid Toyota yang lain. Rupa hadapannya pula hadir dengan fril hexagon dengan rekaan lampu yang lebih tirus bersama kemasan bampar hadapan berbentu H yang memanjang.

MPV ini juga menjadi Innova pertama yang dibina menggunakan platform TNGA (Toyota New Global Architecture berbanding IMV chassis yang diasaskan dari Hilux seperti model sebelumnya. Oleh itu, Toyota Innova 2023 bakal hadir dengan pacuan roda hadapan (FWD) berbanding pacuan roda belakang (RWD).

Sekiranya model ini menggunakan enjin 1.8L yang sama seperti Toyota Corolla Cross hibrid di Malaysia, enjin Dual VVT-I empat silinder itu menghasilkan 98 PS dan 142 Nm dan apabila digandingkan dengan motor elektrik, ia menghasilkan 122 PS dan 163 Nm.

Ketika ini, Toyota Innova sedia ada dijua di Malaysia pada harga RM133,880 hingga RM141,880. Sekiranya model hibrid akan diperkenalkan, ia sudah pasti akan menjadi varian tertinggi Innova nanti jika mengikut pada harga Corolla Cross hibrid yang lebih tinggi berbanding varian petrol biasa.

Menurut laporan Kompas.com, Toyota Innova 2023 ini bakal dilancarkan pada 17 November 2022. Untuk harga di Indonesia, Toyota Innova 2023 versi hibrid dijangka bakal dijual pada harga lebih kurang RM138,000. Tapi bila masuk di Malaysia, agak-agak berapa pula harga MPV ini nanti?

 

 

*Kredit foto: Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language