September 26, 2022
Yamaha RXZ dan 125zr boleh tepi sikit sebab sekarang ni, giliran Toyota Supra Mk4 untuk menggegar pasaran. Demo dok kenal bare! Berdasarkan satu hantaran yang dibuat di dalam group ‘Kereta Turbo Untuk Dijual’ di Facebook, sebuah Toyota Supra generasi keempat telah diiklankan untuk dijual pada harga RM700,000. Ada pemberani tak? Toyota Supra TRD 3000GT Bagi sesetengah orang, harga yang ditawarkan itu mungkin agak keterlaluan. Namun ia dipercayai merupakan sebuah Supra unit asal TRD 3000GT yang sebenar dan bukanlah replika atau make over dari model standard. Memandangkan ianya unit asal, geran serta chassis kereta akan tertulis ‘TRD Supra’. Perbezaan versi ini dengan Supra standard adalah pada bahagian kit badan yang lebih lebar bertujuan untuk aerodinamik yang lebih baik. Kit badan baharu menjadikan kereta itu 60 mm lebih lebar di hadapan dan 50 mm lebih lebar di belakang. Ini membolehkan roda yang lebih lebar dipasang, yang seterusnya meningkatkan cengkaman sisi kereta. Enjin dan suspensi juga mendapat pengubahsuaian kecil. Hanya 35 contoh model ini pernah dihasilkan, setiap satunya datang dengan plat VIN bernombor khasnya sendiri yang secara rasmi mengklasifikasikan semula kereta itu sebagai TRD3000GT dan bukannya Toyota Supra. Salah satu elemen Supra versi TRD 3000GT yang paling dikenali adalah empat lubang bonet geometrinya yang berfungsi untuk melegakan tekanan udara negatif daripada semua udara yang masuk dan pada masa yang sama meningkatkan penyejukan dalam ruang enjin. Fungsinya telah ditutup oleh panel khas yang dipasang pada bahagian bawah yang direka untuk melindungi komponen bawah bonet daripada kerosakan air ketika memandu di jalan biasa, tapi boleh ditanggalkan dengan mudah untuk dibawa ke trek. Berbaloi Ke Jual RM700,000? Berbaloi atau tidak, mungkin pendapat ini akan berbeza-beza mengikut poket masing-masing. Walau bagai manapun, kereta yang diiklankan juga tidak diberikan maklumat yang penuh dan hanya disertai dengan sekeping gambar sahaja. Kereta ini dibekalkan dengan enjin enam silinder sebaris 2JZ-GTE dengan turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa 320 HP dan 427 Nm daya kilas yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan. Memang tak dinafikan, Toyota Supra versi TRD 3000GT ini agak limited edition, namun berdasarkan satu-satunya gambar yang diberikan di Facebook, kereta itu dilihat seakan-akan sudah di modified dan harga yang dipinta seakan terlalu tinggi. Kalau masih standard dan dijaga baik, mungkin harganya masuk akal. Seperti pada tahun 2018, sebuah Supra turbo standard tahun 1994 telah terjual dengan harga $500,000 (RM2.18 juta). Walaupun ia terjual sangat mahal, namun ia merupakan model standard kilang dengan perbatuan rendah yang masih terjaga dalam keadaan standard kilang termasuk rim. Kesimpulan Kesimpulannya, harga kereta-kereta yang mempunyai nilai sentimental ni boleh jadi agak kejam juga. Tetapi jika bagi anda harga yang ditawarkan itu agak mahal, mungkin ada pemberani diluar sana yang sanggup membayar harga tersebut demi mendapatkan kereta ini. Mungkin. Info yang diberikan mengenai kereta ini juga kurang jelas di Facebook namun jika anda berminat, sila hubungi nombor yang tertera. Jika tidak berminat untuk membeli Supra ini, dengan bajet yang sama, baik beli..

Yamaha RXZ dan 125zr boleh tepi sikit sebab sekarang ni, giliran Toyota Supra Mk4 untuk menggegar pasaran. Demo dok kenal bare!

Berdasarkan satu hantaran yang dibuat di dalam group ‘Kereta Turbo Untuk Dijual’ di Facebook, sebuah Toyota Supra generasi keempat telah diiklankan untuk dijual pada harga RM700,000. Ada pemberani tak?

Toyota Supra TRD 3000GT

Bagi sesetengah orang, harga yang ditawarkan itu mungkin agak keterlaluan. Namun ia dipercayai merupakan sebuah Supra unit asal TRD 3000GT yang sebenar dan bukanlah replika atau make over dari model standard.

Memandangkan ianya unit asal, geran serta chassis kereta akan tertulis ‘TRD Supra’. Perbezaan versi ini dengan Supra standard adalah pada bahagian kit badan yang lebih lebar bertujuan untuk aerodinamik yang lebih baik.

Kit badan baharu menjadikan kereta itu 60 mm lebih lebar di hadapan dan 50 mm lebih lebar di belakang. Ini membolehkan roda yang lebih lebar dipasang, yang seterusnya meningkatkan cengkaman sisi kereta.

Enjin dan suspensi juga mendapat pengubahsuaian kecil. Hanya 35 contoh model ini pernah dihasilkan, setiap satunya datang dengan plat VIN bernombor khasnya sendiri yang secara rasmi mengklasifikasikan semula kereta itu sebagai TRD3000GT dan bukannya Toyota Supra.

Salah satu elemen Supra versi TRD 3000GT yang paling dikenali adalah empat lubang bonet geometrinya yang berfungsi untuk melegakan tekanan udara negatif daripada semua udara yang masuk dan pada masa yang sama meningkatkan penyejukan dalam ruang enjin.

Fungsinya telah ditutup oleh panel khas yang dipasang pada bahagian bawah yang direka untuk melindungi komponen bawah bonet daripada kerosakan air ketika memandu di jalan biasa, tapi boleh ditanggalkan dengan mudah untuk dibawa ke trek.

Berbaloi Ke Jual RM700,000?

Berbaloi atau tidak, mungkin pendapat ini akan berbeza-beza mengikut poket masing-masing. Walau bagai manapun, kereta yang diiklankan juga tidak diberikan maklumat yang penuh dan hanya disertai dengan sekeping gambar sahaja.

Kereta ini dibekalkan dengan enjin enam silinder sebaris 2JZ-GTE dengan turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa 320 HP dan 427 Nm daya kilas yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan.

Memang tak dinafikan, Toyota Supra versi TRD 3000GT ini agak limited edition, namun berdasarkan satu-satunya gambar yang diberikan di Facebook, kereta itu dilihat seakan-akan sudah di modified dan harga yang dipinta seakan terlalu tinggi. Kalau masih standard dan dijaga baik, mungkin harganya masuk akal.

Seperti pada tahun 2018, sebuah Supra turbo standard tahun 1994 telah terjual dengan harga $500,000 (RM2.18 juta). Walaupun ia terjual sangat mahal, namun ia merupakan model standard kilang dengan perbatuan rendah yang masih terjaga dalam keadaan standard kilang termasuk rim.

Kesimpulan

Kesimpulannya, harga kereta-kereta yang mempunyai nilai sentimental ni boleh jadi agak kejam juga. Tetapi jika bagi anda harga yang ditawarkan itu agak mahal, mungkin ada pemberani diluar sana yang sanggup membayar harga tersebut demi mendapatkan kereta ini. Mungkin.

Info yang diberikan mengenai kereta ini juga kurang jelas di Facebook namun jika anda berminat, sila hubungi nombor yang tertera.

Jika tidak berminat untuk membeli Supra ini, dengan bajet yang sama, baik beli..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language