September 28, 2022
Memandangkan Toyota Yaris Ativ atau Vios 2023 telah dilancarkan di Thailand, jom kita bandingkan antara Vios 2023 dengan Vios 2021 untuk melihat yang mana lebih mengancam. Yaris Ativ generasi keempat ini merupakan sedan sub kompak serba baharu pertama Toyota sejak sekian lama, dan ia pada asasnya adalah model yang akan menggantikan Vios di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Exterior Jika dilihat dari rupa hadapan, Vios 2023 kelihatan sedikit garang dengan rekaan lampu yang lebih kecil, tajam dan diposisikan sedikit rendah berbanding lampu hadapan Vios 2021. Rekaan liang udara Vios 2023 juga berbeza di mana tiada lagi lampu kabus disediakan di bahagian tersebut. Dari tepi pula, Vios 2023 tampil dengan lekuk dan garis badan yang lebih ketara berbanding sebelumnya. Sekali pandang, Vios 2023 kelihatan saling tak tumpah seperti Honda City. Vios generasi keempat ini jelas menggunakan rekaan garis bumbung yang sama seperti model konsep Daihatsu DN-F Sedan yang muncul pada 2017, menampilkan rupa seakan sebuah fastback empat pintu. Vios 2023 juga menggunakan rim 7 jejari baharu menggantikan rim 4 jejari berkembar yang digunakan Vios ketika ini. Bahagian belakang pula menyaksikan Vios 2023 tampil dengan lampu LED yang lebih bersegi dan nipis bersama lampu isyarat jenis sequential. Bahagian belakang Vios 2023 yang lebih bersegi bersama garisan-garisan halus, liang udara palsu serta diffuser membuatkan bahagian belakangnya jauh lebih baik dan tidak lagi bersifat ‘pakcik-pakcik’. Interior Vios 2023 tampil dengan kombinasi warna merah maroon bersama warna hitam yang kelihatan lebih premium berbanding Vios terdahulu yang hanya hadir dengan kemasan all-black. Memandangkan Vios 2023 dibina menggunakan platform DNGA, ada beberapa elemen yang kelihatan sama seperti Perodua Ativa dan Alza seperti stereng, tombol gear dan paparan meter digital bersaiz 7 inci. Selain itu, Vios 2023 tidak lagi menggunakan brek tangan kerana ia telah digantikan dengan brek parkir elektronik dengan fungsi auto brake hold. Ia juga hadir dengan dua suis untuk mengawal lampu suasana kabin dengan 64 pilihan warna, tidak seperti Vios 2021 yang hanya hadir dengan lampu suasana berwarna biru. Berbeza daripada sebelumnya, Vios 2023 kini dilengkapi dengan corong penyaman udara di belakang bagi menyaingi pesaingnya seperti Honda City. Dimensi Model Toyota Yaris Ativ (Vios 2023) Toyota Vios 2021 Panjang 4,425mm 4,420mm Lebar 1,740mm 1,730mm Tinggi 1,480mm 1,475mm Jarak Antara Roda 2,620mm 2,550mm Berdasarkan dimensi dan saiz kereta, Vios 2023 yang dihasilkan dengan platform DNGA ini ternyata 5mm lebih lebar dan 10 mm lebih tinggi berbanding Vios terdahulu. Jarak antara rodanya telah dipertingkatkan sebanyak 70mm yang memberi gambaran bahawa keluasan kabinnya telah dipertingkat. Enjin Model Toyota Yaris Ativ (Vios 2023) Toyota Vios 2021 Enjin 1.2L NA Dual VVT-i 1.5L NA Dual VVT-i Kuasa 94 PS 107 PS Tork 110 Nm 140 Nm Transmisi Super CVT-i CVT Yaris Ativ baharu di Thailand hanya menerima enjin 1.2L, namun berkemungkinan ia bakal menerima pilihan enjin yang lebih besar jika ditawarkan di pasaran lain kelak. Persoalannya, adakah enjin 1.5L yang digunakan Vios 2021 di Malaysia ketika ini akan dikekalkan atau digantikan dengan enjin 1.0L Turbo seperti Ativa? Keselamatan Vios 2023 semestinya akan hadir dengan pakej ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang ditambah baik. Pakej tersebut memberikan fungsi termasuk sistem brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, amaran pergerakan kenderaan hadapan, cruise control adaptif untuk semua kelajuan, kawalan salah operasi pedal dan lampu tinggi automatik. Ciri keselamatan ini kelihatan sepadan sistem ASA 3.0 yang ditawarkan pada Perodua Alza 2022. Vios 2021 juga mempunyai TSS, namun tiada bantuan kekal lorong diberikan, sebaliknya hanya ada amaran keluar lorong sahaja. Harga Toyota Vios 2021 Vios 1.5J: RM77,600 Vios 1.5E: RM85,600 Vios 1.5G: RM90,400 Toyota Yaris Ativ (Vios 2023) Sport: 539,000 baht (RM67,700) Smart: 584,000 baht (RM73,377) Premium: 659,000 baht (RM82,794) Premium Luxury: 689,000 baht (RM86,563) Berdasarkan perbandingan ringkas ini, adakah Vios 2023 lebih menarik berbanding Vios 2021 atau anda lebih sukakan Vios generasi ketiga? Kongsikan dengan kami!  

Memandangkan Toyota Yaris Ativ atau Vios 2023 telah dilancarkan di Thailand, jom kita bandingkan antara Vios 2023 dengan Vios 2021 untuk melihat yang mana lebih mengancam.

Yaris Ativ generasi keempat ini merupakan sedan sub kompak serba baharu pertama Toyota sejak sekian lama, dan ia pada asasnya adalah model yang akan menggantikan Vios di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Exterior

Jika dilihat dari rupa hadapan, Vios 2023 kelihatan sedikit garang dengan rekaan lampu yang lebih kecil, tajam dan diposisikan sedikit rendah berbanding lampu hadapan Vios 2021. Rekaan liang udara Vios 2023 juga berbeza di mana tiada lagi lampu kabus disediakan di bahagian tersebut.

Dari tepi pula, Vios 2023 tampil dengan lekuk dan garis badan yang lebih ketara berbanding sebelumnya. Sekali pandang, Vios 2023 kelihatan saling tak tumpah seperti Honda City. Vios generasi keempat ini jelas menggunakan rekaan garis bumbung yang sama seperti model konsep Daihatsu DN-F Sedan yang muncul pada 2017, menampilkan rupa seakan sebuah fastback empat pintu. Vios 2023 juga menggunakan rim 7 jejari baharu menggantikan rim 4 jejari berkembar yang digunakan Vios ketika ini.

Bahagian belakang pula menyaksikan Vios 2023 tampil dengan lampu LED yang lebih bersegi dan nipis bersama lampu isyarat jenis sequential. Bahagian belakang Vios 2023 yang lebih bersegi bersama garisan-garisan halus, liang udara palsu serta diffuser membuatkan bahagian belakangnya jauh lebih baik dan tidak lagi bersifat ‘pakcik-pakcik’.

Interior

Vios 2023 tampil dengan kombinasi warna merah maroon bersama warna hitam yang kelihatan lebih premium berbanding Vios terdahulu yang hanya hadir dengan kemasan all-black. Memandangkan Vios 2023 dibina menggunakan platform DNGA, ada beberapa elemen yang kelihatan sama seperti Perodua Ativa dan Alza seperti stereng, tombol gear dan paparan meter digital bersaiz 7 inci.

Selain itu, Vios 2023 tidak lagi menggunakan brek tangan kerana ia telah digantikan dengan brek parkir elektronik dengan fungsi auto brake hold. Ia juga hadir dengan dua suis untuk mengawal lampu suasana kabin dengan 64 pilihan warna, tidak seperti Vios 2021 yang hanya hadir dengan lampu suasana berwarna biru. Berbeza daripada sebelumnya, Vios 2023 kini dilengkapi dengan corong penyaman udara di belakang bagi menyaingi pesaingnya seperti Honda City.

Dimensi

Model
Toyota Yaris Ativ (Vios 2023)
Toyota Vios 2021

Panjang
4,425mm
4,420mm

Lebar
1,740mm
1,730mm

Tinggi
1,480mm
1,475mm

Jarak Antara Roda
2,620mm
2,550mm

Berdasarkan dimensi dan saiz kereta, Vios 2023 yang dihasilkan dengan platform DNGA ini ternyata 5mm lebih lebar dan 10 mm lebih tinggi berbanding Vios terdahulu. Jarak antara rodanya telah dipertingkatkan sebanyak 70mm yang memberi gambaran bahawa keluasan kabinnya telah dipertingkat.

Enjin

Model
Toyota Yaris Ativ (Vios 2023)
Toyota Vios 2021

Enjin
1.2L NA Dual VVT-i
1.5L NA Dual VVT-i

Kuasa
94 PS
107 PS

Tork
110 Nm
140 Nm

Transmisi
Super CVT-i
CVT

Yaris Ativ baharu di Thailand hanya menerima enjin 1.2L, namun berkemungkinan ia bakal menerima pilihan enjin yang lebih besar jika ditawarkan di pasaran lain kelak. Persoalannya, adakah enjin 1.5L yang digunakan Vios 2021 di Malaysia ketika ini akan dikekalkan atau digantikan dengan enjin 1.0L Turbo seperti Ativa?

Keselamatan

Vios 2023 semestinya akan hadir dengan pakej ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang ditambah baik. Pakej tersebut memberikan fungsi termasuk sistem brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, amaran pergerakan kenderaan hadapan, cruise control adaptif untuk semua kelajuan, kawalan salah operasi pedal dan lampu tinggi automatik.

Ciri keselamatan ini kelihatan sepadan sistem ASA 3.0 yang ditawarkan pada Perodua Alza 2022. Vios 2021 juga mempunyai TSS, namun tiada bantuan kekal lorong diberikan, sebaliknya hanya ada amaran keluar lorong sahaja.

Harga

Toyota Vios 2021

Vios 1.5J: RM77,600
Vios 1.5E: RM85,600
Vios 1.5G: RM90,400

Toyota Yaris Ativ (Vios 2023)

Sport: 539,000 baht (RM67,700)
Smart: 584,000 baht (RM73,377)
Premium: 659,000 baht (RM82,794)
Premium Luxury: 689,000 baht (RM86,563)

Berdasarkan perbandingan ringkas ini, adakah Vios 2023 lebih menarik berbanding Vios 2021 atau anda lebih sukakan Vios generasi ketiga? Kongsikan dengan kami!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language