June 27, 2022
Menurut beberapa laporan daripada media Thailand pada tahun lalu, Toyota Vios generasi baharu dikatakan akan dilancarkan di Thailand pada bulan Ogos 2022, diikuti model versi hibrid setahun kemudian pada bulan Ogos 2023. Betul ke? Di Malaysia, Toyota Vios yang dijual merupakan versi kemas kini daripada model generasi ketiga yang diperkenalkan pada tahun 2020. Memandangkan terdapat khabar angin bahawa generasi baharu Toyota Vios bakal diperkenalkan di Thailand pada Ogos tahun ini, ini merupakan antara perkara yang anda perlu tahu mengenai model ini. Guna Plafform DNGA Awal bulan ini, media Thailand, Headlight Magazine telah berkongsi beberapa spy shots yang kelihatan seperti prototaip Vios generasi akan datang yang ditutup dengan pelekat penyamaran. Berdasarkan khabar angin, Vios baharu akan dibina pada versi platform DNGA yang menyokong model baharu lain seperti Raize, Avanza dan Veloz. *Kredit foto: Headlight Magazine Walaupun banyak perincian reka bentuk pada prototaip Vios generasi seterusnya disembunyikan oleh pelekat penyamaran, namun reka bentuknya dijangka meminjam beberapa tema penggayaan daripada Konsep Sedan Daihatsu DN-F 2017. Enjin Dan Output Berdasarkan ramalan rakan media di Thailand, Vios generasi baharu itu dikatakan bakal ditawarkan dengan enjin 1.2L NA yang menghasilkan 92 PS dan 109 Nm tork. Selain itu, ada juga ura-ura bahawa Vios baharu nanti bakal hadir dengan enjin hibrid 1.5L kitaran Atkinson seperti yang ada pada Toyota Prius C. Walau bagaimanapun, Vios sering dipasarkan sebagai model sedan mampu milik oleh Toyota, jadi mungkin ia tidak akan dibekalkan dengan sistem hibrid penuh seperti yang ada pada Prius, tetapi mungkin dibekalkan dengan sistem hibrid ringan (MHEV) yang lebih ringkas. Untuk pasaran Malaysia, Vios generasi baharu ini dijangka hadir dengan enjin yang sama seperti Avanza terkini, iaitu enjin 1.5L Dual VVT-I bersama transmisi D-CVT yang menghasilkan 106 PS dan 137 Nm tork. *Kredit foto: TopGear Philippines Bayangan Rekaan Vios Generasi Baharu Sementara itu, media Filipina pula berkongsi imej bayangan bagi Toyota Vios baharu nanti dengan rekaan yang lebih agresif dengan penggayaan rupa hadapan seperti produk Gazoo Racing (GR). Sekali pandang, rupanya kelihatan saling tak tumpah seperti Toyota Avanza terkini yang lebih kecil. Di bahagian sisi, terdapat satu garis lurus berterusan dari lampu hadapan ke lampu belakang sementara garis badan di bahagian bawah pintu pula berterusan ke bampar belakang. *Kredit foto: TopGear Philippines Di bahagian belakang, reka bentuknya lebih kemas dengan rekaan lampu mendatar nipis yang bersambung seperti yang terdapat pada Veloz. Walau bagaimanapun, ini hanyalah rupa bayangan sahaja yang dicipta oleh media Filipina. Jika benar ia bakal dilancarkan pada Ogos ini, nantikan sahaja pengumuman daripada Toyota tidak lama lagi!

Menurut beberapa laporan daripada media Thailand pada tahun lalu, Toyota Vios generasi baharu dikatakan akan dilancarkan di Thailand pada bulan Ogos 2022, diikuti model versi hibrid setahun kemudian pada bulan Ogos 2023. Betul ke?

Di Malaysia, Toyota Vios yang dijual merupakan versi kemas kini daripada model generasi ketiga yang diperkenalkan pada tahun 2020. Memandangkan terdapat khabar angin bahawa generasi baharu Toyota Vios bakal diperkenalkan di Thailand pada Ogos tahun ini, ini merupakan antara perkara yang anda perlu tahu mengenai model ini.

Guna Plafform DNGA

Awal bulan ini, media Thailand, Headlight Magazine telah berkongsi beberapa spy shots yang kelihatan seperti prototaip Vios generasi akan datang yang ditutup dengan pelekat penyamaran. Berdasarkan khabar angin, Vios baharu akan dibina pada versi platform DNGA yang menyokong model baharu lain seperti Raize, Avanza dan Veloz. *Kredit foto: Headlight Magazine

Walaupun banyak perincian reka bentuk pada prototaip Vios generasi seterusnya disembunyikan oleh pelekat penyamaran, namun reka bentuknya dijangka meminjam beberapa tema penggayaan daripada Konsep Sedan Daihatsu DN-F 2017.

Enjin Dan Output

Berdasarkan ramalan rakan media di Thailand, Vios generasi baharu itu dikatakan bakal ditawarkan dengan enjin 1.2L NA yang menghasilkan 92 PS dan 109 Nm tork. Selain itu, ada juga ura-ura bahawa Vios baharu nanti bakal hadir dengan enjin hibrid 1.5L kitaran Atkinson seperti yang ada pada Toyota Prius C.

Walau bagaimanapun, Vios sering dipasarkan sebagai model sedan mampu milik oleh Toyota, jadi mungkin ia tidak akan dibekalkan dengan sistem hibrid penuh seperti yang ada pada Prius, tetapi mungkin dibekalkan dengan sistem hibrid ringan (MHEV) yang lebih ringkas.

Untuk pasaran Malaysia, Vios generasi baharu ini dijangka hadir dengan enjin yang sama seperti Avanza terkini, iaitu enjin 1.5L Dual VVT-I bersama transmisi D-CVT yang menghasilkan 106 PS dan 137 Nm tork.

*Kredit foto: TopGear Philippines

Bayangan Rekaan Vios Generasi Baharu

Sementara itu, media Filipina pula berkongsi imej bayangan bagi Toyota Vios baharu nanti dengan rekaan yang lebih agresif dengan penggayaan rupa hadapan seperti produk Gazoo Racing (GR). Sekali pandang, rupanya kelihatan saling tak tumpah seperti Toyota Avanza terkini yang lebih kecil.

Di bahagian sisi, terdapat satu garis lurus berterusan dari lampu hadapan ke lampu belakang sementara garis badan di bahagian bawah pintu pula berterusan ke bampar belakang.

*Kredit foto: TopGear Philippines

Di bahagian belakang, reka bentuknya lebih kemas dengan rekaan lampu mendatar nipis yang bersambung seperti yang terdapat pada Veloz.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah rupa bayangan sahaja yang dicipta oleh media Filipina. Jika benar ia bakal dilancarkan pada Ogos ini, nantikan sahaja pengumuman daripada Toyota tidak lama lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language