May 28, 2022
Malang tidak berbau bagi anda yang terperangkap di dalam aliran trafik sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Gopeng pada 1 Mei, 2022.  Tidak perlu disangkal lagi, kalau dah traffic jam sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Gopeng memang team balik kampung beraya lah tu.  *Image credit: nst.com.my Setelah dua tahun terperuk di rumah masing-masing tanpa sinar ataupun kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu peluang tahun ini menyambutnya bersama keluarga dan sahabat di kampung dinanti-nantikan, tapi bagi anda yang tersangkut di dalam trafik pada 1 Mei di Lebuhraya Utara Selatan apa pula perasaan anda?  *Kredit grafik: Bernama Peningkatan trafik pada 1 Mei lepas itu juga susulan tol percuma dan diskaun tol yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  Jurucakap PLUS ketika dihubungi Bernama memaklumkan keadaan trafik dari Slim River ke Sungkai adalah antara laluan paling terjejas dan para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya. Jangan lupa yang tol percuma juga akan diadakan pada 7 dan 8 Mei jadi pandai-pandailah rancang perjalanan pulang anda nanti terutama sekali bagi anda yang berada di kawasan Slim River dan Sungkai.  *Kredit infografik: PLUS Malaysia Ada tak di antara anda yang menggunakan pelan perjalanan seperti yang dicadangkan oleh PLUS? Berkesan tak?  *Cover image credit: nst.com.my

Malang tidak berbau bagi anda yang terperangkap di dalam aliran trafik sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Gopeng pada 1 Mei, 2022. 

Tidak perlu disangkal lagi, kalau dah traffic jam sepanjang 150 kilometer dari Rawang ke Gopeng memang team balik kampung beraya lah tu. 

*Image credit: nst.com.my

Setelah dua tahun terperuk di rumah masing-masing tanpa sinar ataupun kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu peluang tahun ini menyambutnya bersama keluarga dan sahabat di kampung dinanti-nantikan, tapi bagi anda yang tersangkut di dalam trafik pada 1 Mei di Lebuhraya Utara Selatan apa pula perasaan anda? 

*Kredit grafik: Bernama

Peningkatan trafik pada 1 Mei lepas itu juga susulan tol percuma dan diskaun tol yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Jurucakap PLUS ketika dihubungi Bernama memaklumkan keadaan trafik dari Slim River ke Sungkai adalah antara laluan paling terjejas dan para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Jangan lupa yang tol percuma juga akan diadakan pada 7 dan 8 Mei jadi pandai-pandailah rancang perjalanan pulang anda nanti terutama sekali bagi anda yang berada di kawasan Slim River dan Sungkai. 

*Kredit infografik: PLUS Malaysia

Ada tak di antara anda yang menggunakan pelan perjalanan seperti yang dicadangkan oleh PLUS? Berkesan tak? 

*Cover image credit: nst.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language