Categories
Auto news

Tren Shuttle Tebrau (JB-Singapura) Kembali Beroperasi – Kurangkan Kesesakan Trafik

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memulakan semula operasi perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau dari Stesen JB Sentral, Johor Bahru ke Stesen Woodlands, Singapura setelah lebih dua tahun perkhidmatannya tergendala ekoran pandemic COVID-19.

Oleh kerana Tren Shuttle Tebrau ini telah ditutup sementara pada 24 Mac 2020 berikutan penutupan sempadan negara, latihan pengoperasian semula perkhidmatan tren ini telah dilakukan sejak 14 Jun lalu sebagai persiapan awal.

Tren Shuttle Tebrau Sedia Beroperasi

Berdasarkan kenyataan Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, bagi memastikan semuanya berjalan lancar, latihan pengoperasian telah dibuat seperti:

Memeriksa gerakan gerabak
Ciri keselamatan
Sistem penjualan tiket
Operasi penjualan

Waktu Perjalanan Shuttle Tebrau

Shuttle Tebrau mempunyai 31 perjalanan setiap hari
Bermula dari jam 5 pagi hingga 11.45 malam
13 Perjalanan dari Malaysia – Singapura
18 Perjalanan dari Singapura – Malaysia

*Kredit foto: Malay Mail

Kurangkan Kesesakan Trafik JB – Singapura

Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau ini mampu menampung kapasiti maksimum seramai 320 penumpang bagi setiap perjalanan. Wee menjangkakan Shuttle Tebrau ini akan digunakan seramai 7,000 penumpang sehari.

Pengoperasian semula perkhidmatan Shuttle Tebrau ini bakal mengurangkan kadar kesesakan trafik di Tambak Johor dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) terutama pada waktu puncak

Harga Tiket

Perkhidmatan Tren Shuttle Tebrau mengekalkan tambang sedia ada iaitu RM5 sehala bagi perjalanan dari JB Sentral ke Woodlands dan SGD5 dari Woodlands ke JB Sentral.

Tiket perkhidmatan Shuttle Tebrau sudah mula dijual pada 13 Jun lalu bagi perjalanan 19 Jun sehingga 18 Julai 2022.

Menurut Wee, setakat Jumaat lalu, sebanyak 68,070 tiket sudah dijual dengan penjualan tiket yang lebih awal ini, ia dapat membantu pengguna merancang perjalanan mereka khususnya rakyat Johor yang berulang-alik berkerja di Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language