September 25, 2022
Tahukah anda bahawa troli bagasi di KLIA direka untuk digunakan di eskalator? Namun atas faktor-faktor tertentu, perkara itu tidak lagi dibenarkan di KLIA. Sebenarnya ramai yang tidak tahu perkara ini, namun menerusi sebuah ciapan yang dibuat oleh Hadi Azmi yang tular di Twitter baru-baru ini, beliau mempersoalkan mengapa KLIA tidak menghebahkan penggunaan troli itu di eskalator seperti mana ia direka. Malah Hadi turut memberitahu bahawa kegunaan troli itu pernah menjadi sesuatu yang hangat dan popular ketika lapangan terbang itu dibuka buat pertama kalinya. Troli Mesra Eskalator Di KLIA Dalam kenyataannya, Hadi menulis bahawa troli itu direka dengan penahan besi di hadapan berserta tali pengikat untuk memastikan bagasi anda tidak terjatuh daripada troli apabila anda menuruni eskalator. Gigi getah di bahagian bawah troli itu pula berfungsi sebagai penahan yang bakal mencengkam tangga eskalator tersebut. Ciapan Hadi itu telah menerima respon daripada seorang lagi pengguna Twitter yang menyertakan video di YouTube tentang bagaimana troli itu digunakan di eskalator tanpa sebarang isu. *Kredit video: Gary Ng Tao Min Video yang dimuat naik oleh wakil pengeluar troli itu turut menunjukkan kemungkinan troli itu boleh disalah kendalikan, namun troli itu dilihat masih mencengkam eskalator itu meskipun ia bergoyang. Malah menurut buku manual troli itu yang dikeluarkan pembekal, troli itu memang direka khas untuk digunakan di eskalator. Namun berdasarkan respon orang ramai, pihak berkuasa serta kakitangan KLIA sudah tidak lagi membenarkan troli ini melalui eskalator. Sebab Troli Itu Tidak Lagi Dibenarkan Di Eskalator Menurut wakil pengeluar troli itu, kegunaan troli ini di eskalator kini tidak lagi dibenarkan atas banyak faktor, namun sebab utamanya adalah keadaan wear and tear semasa troli itu yang telah digunakan sejak 1997. Sementara itu, ciapan Hadi itu turut menerima respon daripada akaun rasmi Malaysia Airports yang menjelaskan bahawa faktor keselamatan adalah keutamaan mereka dan larangan itu dibuat kerana terdapat risiko kesalahan pengendalian troli oleh penumpang yang boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini. Malaysia Airports turut menasihati orang ramai yang menggunakan troli bagasi untuk menggunakan lif berhampiran daripada menggunakan troli ini di eskalator. Kesimpulannya, walaupun ia memang direka untuk tujuan iitu, namun faktor usianya telah menyebabkan troli itu hanya boleh digunakan sebagai troli biasa sahaja. Jika anda guna troli di KLIA, pastikan anda guna lif!

Tahukah anda bahawa troli bagasi di KLIA direka untuk digunakan di eskalator? Namun atas faktor-faktor tertentu, perkara itu tidak lagi dibenarkan di KLIA.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu perkara ini, namun menerusi sebuah ciapan yang dibuat oleh Hadi Azmi yang tular di Twitter baru-baru ini, beliau mempersoalkan mengapa KLIA tidak menghebahkan penggunaan troli itu di eskalator seperti mana ia direka.

Malah Hadi turut memberitahu bahawa kegunaan troli itu pernah menjadi sesuatu yang hangat dan popular ketika lapangan terbang itu dibuka buat pertama kalinya.

Troli Mesra Eskalator Di KLIA

Dalam kenyataannya, Hadi menulis bahawa troli itu direka dengan penahan besi di hadapan berserta tali pengikat untuk memastikan bagasi anda tidak terjatuh daripada troli apabila anda menuruni eskalator.

Gigi getah di bahagian bawah troli itu pula berfungsi sebagai penahan yang bakal mencengkam tangga eskalator tersebut.

Ciapan Hadi itu telah menerima respon daripada seorang lagi pengguna Twitter yang menyertakan video di YouTube tentang bagaimana troli itu digunakan di eskalator tanpa sebarang isu.

*Kredit video: Gary Ng Tao Min

Video yang dimuat naik oleh wakil pengeluar troli itu turut menunjukkan kemungkinan troli itu boleh disalah kendalikan, namun troli itu dilihat masih mencengkam eskalator itu meskipun ia bergoyang.

Malah menurut buku manual troli itu yang dikeluarkan pembekal, troli itu memang direka khas untuk digunakan di eskalator. Namun berdasarkan respon orang ramai, pihak berkuasa serta kakitangan KLIA sudah tidak lagi membenarkan troli ini melalui eskalator.

Sebab Troli Itu Tidak Lagi Dibenarkan Di Eskalator

Menurut wakil pengeluar troli itu, kegunaan troli ini di eskalator kini tidak lagi dibenarkan atas banyak faktor, namun sebab utamanya adalah keadaan wear and tear semasa troli itu yang telah digunakan sejak 1997.

Sementara itu, ciapan Hadi itu turut menerima respon daripada akaun rasmi Malaysia Airports yang menjelaskan bahawa faktor keselamatan adalah keutamaan mereka dan larangan itu dibuat kerana terdapat risiko kesalahan pengendalian troli oleh penumpang yang boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini.

Malaysia Airports turut menasihati orang ramai yang menggunakan troli bagasi untuk menggunakan lif berhampiran daripada menggunakan troli ini di eskalator.

Kesimpulannya, walaupun ia memang direka untuk tujuan iitu, namun faktor usianya telah menyebabkan troli itu hanya boleh digunakan sebagai troli biasa sahaja. Jika anda guna troli di KLIA, pastikan anda guna lif!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language