Categories
Auto news

Tukar Warna Kereta Perlu Kelulusan JPJ – Memudahkan Urusan Insurans

Nak tukar warna cat kereta? Boleh saja! Tapi anda perlu memaklumkan kepada pihak JPJ bagi memudahkan segala urusan, terutamanya melibatkan insurans.

Sebelum ini, warna kenderaan ada dinyatakan di dalam Kad Pendaftaran Kenderaan (RC), Namun setelah Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bermula Jun 2016, maklumat tentang warna kenderaan tidak lagi terdapat pada geran terbabit.

Walaupun maklumat ini tiada pada geran, tapi pemilik tetap perlu mengemaskini warna baharu keretanya kepada JPJ. Yang pasti, ianya percuma sahaja!

Panduan Tukar Cat/ Warna Kenderaan

Panduan Tukar Cat/ Warna Kenderaan

Cat dahulu kenderaan.
Apabila siap dicat, hadir ke Pejabat JPJ.
Jika kenderaan diwarnakan melebihi dari 1 warna, warna yang paling banyak atau dominan di anggap warna kenderaan tersebut.
Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada Pegawai JPJ yang bertugas.
Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap.
Tiada bayaran dikenakan.

Kenapa Kena Tukar?

Penukaran warna cat kereta perlu dimaklumkan bagi tujuan urusan-urusan penting seperti menuntut insurans. Jika terjadi apa-apa seperti kemalangan, warna kenderaan yang didaftarkan akan dijadikan rujukan bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

Jika warna kereta anda berbeza dengan apa yang tercatat pada insurans ada, mungkin akan berlaku sedikit kesulitan untuk menuntut insurans. Kalau insurans tak lulus sebab warna kenderaan ditukar tanpa pengetahuan JPJ, kan naya tu?

Kesimpulannya, meskipun warna kenderaan tidak lagi dinyatakan dalam geran, namun JPJ masih lagi mengambil kira maklumat terbabit untuk dimasukkan ke dalam MySikap sebagai rekod. Lagipun proses ini hanya percuma. Jangan sesekali ambil mudah!

Untuk membaca tentang mengubah suai kereta mengikut piawaian JPJ, rujuk di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language