Categories
Auto news

Tumpahan Minyak Di Tapak Pembinaan Lebuhraya SUKE, Kos Cuci Dan Gilap Akan Ditanggung

Kecoh baru-baru ini apabila minyak tar daripada Lebuhraya Sungai Besi Ulu Klang (SUKE) yang masih dalam pembinaan telah meleleh dan menitik ke atas kereta orang awam yang menggunakan MRR2.

Walaupun lebuh raya ini telah dibuka pada 16 September lalu, namun hanya fasa pertama sejauh 16.6 kilometer bermula dari persimpangan Cheras-Kajang ke persimpangan Bukit Antarabangsa manakala selebihnya masih belum di buka dan masih ada bahagian yang masih dalam pembinaan.

Minyak Tumpah, SUKE Tanggung Kos Cuci & Gilap

Menerusi aduan orang ramai serta ciapan di akaun rasmi Lebuhraya SUKE, beberapa pengguna jalan raya di MRR2 telah ditimpa tumpahan minyak ketika melintasi tapak pembinaan Lebuhraya SUKE berhampiran Bandar Tasik Selatan.

Disebabkan isu itu, pihak kontraktor dan bahagian Projek Lebuhraya SUKE telah menghubungi mereka yang terkesan dengan isu itu bagi menanggung kos mencuci dan menggilap semula kenderaan yang terbabit.

Hubungi SUKE Untuk Ganti Rugi

Dalam pada itu, SUKE memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta menegaskan agar mereka yang terlibat dalam insiden itu untuk tampil menghubungi hotline atau emel SUKE untuk tindakan seterusnya.

Terdahulu, salah seorang pengguna telah menyatakan kekecewaannya di Twitter setelah minyak tar yang digunakan di tapak pembinaan SUKE telah turun dan menitik ke atas keretanya. Apabila aduan cuba dibuat dengan menghubungi pejabat SUKE, mereka menyuruhnya untuk menghubungi talian hotline. Namun bila hubungi nombor hotline SUKE, tiada jawapan pula.

Diharapkan isu ini sudah selesai memandangkan pihak SUKE sendiri telah membalas ciapan tidak puas hati pengguna jalan raya ini di Twitter dengan menyuruhnya mengemukan aduan melalui emel mahupun hotline.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language