September 25, 2022
Walaupun ianya kereta anda, namun anda berisiko untuk dikenakan tindakan seperti saman sekiranya anda mengubah suai kereta tanpa mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh JPJ. Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Rujuk info dibawah untuk mengetahui pengubahsuaian kenderaan persendirian yang dibenarkan serta dilarang oleh JPJ. Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian Bagi mereka yang ingin mengubah suai kereta, ada pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ubah Suai Yang Dibenarkan Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan. Pemasangan door visor pada kenderaan. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan Pemasangan membawa tangga / bot / surf board Penukaran kotak gear manual / automatik Pemasangan kanopi / kanvas Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel Pemasangan roof-rack (rel bumbung) / Bike Carrier Pemasangan spotlight Ubah Suai Yang Tidak Dibenarkan Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan. Pemasangan lampu HID secara retrofit. Penukaran sistem pacuan. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%. Penggunaan tayar kepak atau tayar yang terkeluar dari badan kereta *Kredit foto:ONLY HAND Garage Ubah Suai Yang Dibenarkan, Tapi Perlukan Kelulusan Kenderaan Persendirian Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU. Penukaran sistem bahan bakar. Penukaran enjin. Status kenderaan Vintaj/Klasik Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan) Kenderaan Perdagangan Pengubahan ke atas bes roda kenderaan. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja) Mengubah bilangan tempat duduk Penukaran Had Berat Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas Penukaran Kabin Pemasangan Lantai/Lapik Besi Mengubah Kegunaan Kenderaan Penukaran Gandar Penukaran Jenis Badan Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.

Walaupun ianya kereta anda, namun anda berisiko untuk dikenakan tindakan seperti saman sekiranya anda mengubah suai kereta tanpa mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh JPJ.

Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. Rujuk info dibawah untuk mengetahui pengubahsuaian kenderaan persendirian yang dibenarkan serta dilarang oleh JPJ.

Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian

Bagi mereka yang ingin mengubah suai kereta, ada pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan.

Ubah Suai Yang Dibenarkan

Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
Pemasangan door visor pada kenderaan.
Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
Penukaran kotak gear manual / automatik
Pemasangan kanopi / kanvas
Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
Pemasangan roof-rack (rel bumbung) / Bike Carrier
Pemasangan spotlight

Ubah Suai Yang Tidak Dibenarkan

Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
Pemasangan lampu HID secara retrofit.
Penukaran sistem pacuan.
Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.
Penggunaan tayar kepak atau tayar yang terkeluar dari badan kereta

*Kredit foto:ONLY HAND Garage

Ubah Suai Yang Dibenarkan, Tapi Perlukan Kelulusan

Kenderaan Persendirian

Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
Penukaran sistem bahan bakar.
Penukaran enjin.
Status kenderaan Vintaj/Klasik
Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

Kenderaan Perdagangan

Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
Mengubah bilangan tempat duduk
Penukaran Had Berat
Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
Penukaran Kabin
Pemasangan Lantai/Lapik Besi
Mengubah Kegunaan Kenderaan
Penukaran Gandar
Penukaran Jenis Badan

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language