May 28, 2022
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, umur berapakah yang paling sesuai untuk memboncengkan anak kecil di bahagian belakang penunggang motosikal? Baru-baru ini telah tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki memboncengkan anak kecilnya di belakang tanpa dikepit atau dipegang oleh orang dewasa yang telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada warga media sosial. Persoalannya, umur berapa yang sesuai bagi kanak-kanak membonceng motosikal tanpa dikepit atau dipegang oleh penumpang dewasa lain di bahagian penumpang belakang? Umur Sesuai Anak Bonceng Motosikal Jika kita mengukur dari segi umur, jawapannya mungkin kurang tepat kerana kanak-kanak mempunyai saiz badan serta pembesaran yang berbeza. Oleh itu, ikuti perkara di bawah untuk mengetahui sama ada anak kecil anda sudah layak membonceng atau tidak: Periksa postur dan umur anak sama ada sesuai atau tidak untuk membonceng Pastikan kaki anak boleh diletakkan tempat pemijak penumpang dengan betul Pastikan anak sudah boleh memegang dan mengenggam dengan kuat Pastikan anak sudah faham bahasa dan pandai berkomunikasi Risiko Kepada Anak Jika anda mengabaikan segala perkara di atas, anak kecil yang membonceng di belakang tanpa sebagai pengawasan akan berisiko untuk terjatuh ketika membonceng kerana pegangannya terlepas. Banyak punca yang boleh menyumbang kepada situasi tersebut antaranya Terlanggar lubang sehingga menyebabkan gegaran kuat Anak mengantuk dan tertidur di belakang Anak tidak duduk diam sepanjang perjalanan Tips Memboncengkan Anak Kecil Menggunakan helmet keselamatan kepada anak Bonceng di belakang, bukan di hadapan seperti di dalam bakul motosikal Jangan tunggang motor terlalu laju Jangan tunggang untuk waktu yang lama Bagi penggunaan helmet motosikal bagi anak kecil, pastikan helmet yang digunakan mematuhi pensijilan UNECE R22 (ada E marking) atau MS1 (logo SIRIM) yang layak digunakan di atas jalan raya.  *Kredit foto: Shopee Ada juga yang menggunakan baby carrier untuk membawa anak kecil di bahagian belakang motosikal. Walaupun kelihatan lebih selamat berbanding tiada, namun jika anak anda masih belum kuat untuk berpaut, anda amat tidak digalakkan untuk membawa kanak-kanak sebegitu kecil membonceng motosikal. Ingatlah, sekiranya: Kaki anak tidak sampai pada pemijak Helmet yang diluluskan JPJ terlalu besar untuk kepala anak Anak masih belum pandai berkomunikasi Ini bermakna anak anda masih terlalu kecil untuk membonceng motosikal. Atas sebab-sebab keselamatan, anda dinasihatkan supaya tidak membawa risiko besar ke atas keselamatan anak anda. Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak. Boleh sahaja jika mahu memboncengkan anak menggunakan motosikal, namun pastikan umur, saiz badan serta kebolehan berkomunikasi anak anda sudah melepasi tahap kelayakan membonceng motosikal.  

Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, umur berapakah yang paling sesuai untuk memboncengkan anak kecil di bahagian belakang penunggang motosikal?

Baru-baru ini telah tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki memboncengkan anak kecilnya di belakang tanpa dikepit atau dipegang oleh orang dewasa yang telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada warga media sosial.

Persoalannya, umur berapa yang sesuai bagi kanak-kanak membonceng motosikal tanpa dikepit atau dipegang oleh penumpang dewasa lain di bahagian penumpang belakang?

Umur Sesuai Anak Bonceng Motosikal

Jika kita mengukur dari segi umur, jawapannya mungkin kurang tepat kerana kanak-kanak mempunyai saiz badan serta pembesaran yang berbeza. Oleh itu, ikuti perkara di bawah untuk mengetahui sama ada anak kecil anda sudah layak membonceng atau tidak:

Periksa postur dan umur anak sama ada sesuai atau tidak untuk membonceng
Pastikan kaki anak boleh diletakkan tempat pemijak penumpang dengan betul
Pastikan anak sudah boleh memegang dan mengenggam dengan kuat
Pastikan anak sudah faham bahasa dan pandai berkomunikasi

Risiko Kepada Anak

Jika anda mengabaikan segala perkara di atas, anak kecil yang membonceng di belakang tanpa sebagai pengawasan akan berisiko untuk terjatuh ketika membonceng kerana pegangannya terlepas.

Banyak punca yang boleh menyumbang kepada situasi tersebut antaranya

Terlanggar lubang sehingga menyebabkan gegaran kuat
Anak mengantuk dan tertidur di belakang
Anak tidak duduk diam sepanjang perjalanan

Tips Memboncengkan Anak Kecil

Menggunakan helmet keselamatan kepada anak

Bonceng di belakang, bukan di hadapan seperti di dalam bakul motosikal

Jangan tunggang motor terlalu laju

Jangan tunggang untuk waktu yang lama

Bagi penggunaan helmet motosikal bagi anak kecil, pastikan helmet yang digunakan mematuhi pensijilan UNECE R22 (ada E marking) atau MS1 (logo SIRIM) yang layak digunakan di atas jalan raya. 

*Kredit foto: Shopee

Ada juga yang menggunakan baby carrier untuk membawa anak kecil di bahagian belakang motosikal. Walaupun kelihatan lebih selamat berbanding tiada, namun jika anak anda masih belum kuat untuk berpaut, anda amat tidak digalakkan untuk membawa kanak-kanak sebegitu kecil membonceng motosikal.

Ingatlah, sekiranya:

Kaki anak tidak sampai pada pemijak
Helmet yang diluluskan JPJ terlalu besar untuk kepala anak
Anak masih belum pandai berkomunikasi

Ini bermakna anak anda masih terlalu kecil untuk membonceng motosikal. Atas sebab-sebab keselamatan, anda dinasihatkan supaya tidak membawa risiko besar ke atas keselamatan anak anda.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan anak-anak. Boleh sahaja jika mahu memboncengkan anak menggunakan motosikal, namun pastikan umur, saiz badan serta kebolehan berkomunikasi anak anda sudah melepasi tahap kelayakan membonceng motosikal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language