December 1, 2022
Vespa GTS 2023 serba baharu telah diperkenalkan di pasaran antarabangsa dengan empat plihan varian seperti  Standard GTS, GTS Super, GTS SuperSport dan GTS SuperTech. Antara kemas kini menarik pada Vespa GTS versi facelift ini melibatkan suspensi hadapan baharu dan enjin 300 HPE baharu. Enjin Dan Suspensi Vespa GTS serba baharu boleh didapati dalam dua pilihan enjin: 125 i-GET 300 HPE Kedua-dua enjin adalah unit silinder tunggal suntikan bahan api, liquid-cooled, namun enjin 300 HPE baharu yang ditampilkan menghasilkan kuasa maksimum 23 HP, menjadikan ia Vespa yang paling berkuasa buat masa ini. Vespa telah membuat beberapa kemas kini pada model GTS untuk meningkatkan keselesaan, seperti memperkenalkan tempat duduk baharu dan suspensi single-arm baharu di hadapan. Walaupun Vespa menggunakan sistem single-arm tradisionalnya, namun suspensi skuter ini telah ditala semula untuk menawarkan keselesaan dan kestabilan ketika bergerak dalam kelajuan tinggi. Reka Bentuk Vespa GTS baharu menampilkan badan logam penuh yang menampilkan reka bentuk tipikal Vespa, namun dilengkapi dengan reka bentuk rim aloi yang baharu.   Untuk tahun 2023, Vespa telah membuat beberapa perubahan pada reka bentuk Vespa ini seperti bentuk cermin yang direka semula, pelindung lumpur dan sistem suspensi hadapan baharu. Selain itu,  Vespa GTS 2023 ini ditawarkan dalam 14 pilihan warna. Ciri-Ciri Lain Model Vespa GTS Super, GTS SuperSport dan GTS SuperTech dilengkapi dengan ciri mula/henti enjin tanpa kunci serta fungsi pembukaan tempat duduk dari jauh. Ketiga-tiga model ini juga mendapat ciri Bike Finder yang membantu mengesan skuter di tempat letak kereta yang sesak dengan hanya menggunakan kunci. Sementara itu, kedua-dua model GTS Supersport dan GTS Supertech juga mendapat sambungan telefon pintar melalui aplikasi Vespa MIS. Model teratas GTS, Vespa GTS Supertech mempunyai paparan TFT warna penuh bersaiz 4.3 inci, manakala model selebihnya mempunyai paparan LCD analog bersaiz 3 inci. Masuk Malaysia Tahun 2023 Di Malaysia, Vespa GTS SuperTech 300 Euro 4 boleh dibeli pada harga RM33,300 manakala SuperSport 300 Euro 4 berharga RM28,900. Berbeza dengan sebelumnya, model GTS 2023 ini dijangka bakal mematuhi piawaian emisi Euro 5 dan bakal dilancarkan pasaran Malaysia pada tahun hadapan.

Vespa GTS 2023 serba baharu telah diperkenalkan di pasaran antarabangsa dengan empat plihan varian seperti  Standard GTS, GTS Super, GTS SuperSport dan GTS SuperTech.

Antara kemas kini menarik pada Vespa GTS versi facelift ini melibatkan suspensi hadapan baharu dan enjin 300 HPE baharu.

Enjin Dan Suspensi

Vespa GTS serba baharu boleh didapati dalam dua pilihan enjin:

125 i-GET
300 HPE

Kedua-dua enjin adalah unit silinder tunggal suntikan bahan api, liquid-cooled, namun enjin 300 HPE baharu yang ditampilkan menghasilkan kuasa maksimum 23 HP, menjadikan ia Vespa yang paling berkuasa buat masa ini.

Vespa telah membuat beberapa kemas kini pada model GTS untuk meningkatkan keselesaan, seperti memperkenalkan tempat duduk baharu dan suspensi single-arm baharu di hadapan.

Walaupun Vespa menggunakan sistem single-arm tradisionalnya, namun suspensi skuter ini telah ditala semula untuk menawarkan keselesaan dan kestabilan ketika bergerak dalam kelajuan tinggi.

Reka Bentuk

Vespa GTS baharu menampilkan badan logam penuh yang menampilkan reka bentuk tipikal Vespa, namun dilengkapi dengan reka bentuk rim aloi yang baharu.  

Untuk tahun 2023, Vespa telah membuat beberapa perubahan pada reka bentuk Vespa ini seperti bentuk cermin yang direka semula, pelindung lumpur dan sistem suspensi hadapan baharu. Selain itu,  Vespa GTS 2023 ini ditawarkan dalam 14 pilihan warna.

Ciri-Ciri Lain

Model Vespa GTS Super, GTS SuperSport dan GTS SuperTech dilengkapi dengan ciri mula/henti enjin tanpa kunci serta fungsi pembukaan tempat duduk dari jauh.

Ketiga-tiga model ini juga mendapat ciri Bike Finder yang membantu mengesan skuter di tempat letak kereta yang sesak dengan hanya menggunakan kunci.

Sementara itu, kedua-dua model GTS Supersport dan GTS Supertech juga mendapat sambungan telefon pintar melalui aplikasi Vespa MIS.

Model teratas GTS, Vespa GTS Supertech mempunyai paparan TFT warna penuh bersaiz 4.3 inci, manakala model selebihnya mempunyai paparan LCD analog bersaiz 3 inci.

Masuk Malaysia Tahun 2023

Di Malaysia, Vespa GTS SuperTech 300 Euro 4 boleh dibeli pada harga RM33,300 manakala SuperSport 300 Euro 4 berharga RM28,900. Berbeza dengan sebelumnya, model GTS 2023 ini dijangka bakal mematuhi piawaian emisi Euro 5 dan bakal dilancarkan pasaran Malaysia pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language