September 24, 2022
Rata-rata pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) di Lembah Klang kecewa dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan memandangkan LRT sering mengalami kelewatan serta gangguan teknikal sejak akhir-akhir ini sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di stesen. Kebanyakan daripada mereka yang penat menunggu di stesen mahukan pihak pengurusan LRT, iaitu Prasarana untuk mengambil inisiatif seperti menambah bilangan tren, menambah bilangan gerabak atau koc kereta api bagi menampung lebih ramai penumpang ketika waktu puncak. Kenapa Perlu Tambah Gerabak? Waktu kekerapan tren yang semakin berkurang Mengelakkan kesesakan di stesen ketika waktu puncak Mengurangkan kepadatan penumpang dalam gerabak Berdasarkan perhatian kami, LRT laluan Kelana Jaya masih lagi menggunakan sebahagian tren 2 koc yang pendek walaupun tren 4 koc telah diperkenalkan. Ketika waktu puncak, kapasiti tren yang kecil akan menyebabkan kesesakan di stesen dan juga di dalam kereta api. Apabila stesen sudah padat dengan lautan manusia, segelintir daripada pengguna terpaksa mencari pengangkutan alternatif lain yang lebih cepat untuk ke tempat kerja seperti e-hailing atau menggunakan bas. Bayangkan jika berlaku gangguan perkhidmatan di mana tren berhenti lebih lama di setiap stesen. Kalau guna tren dua koc, silap-silap tren baru melalui dua stesen, terus penuh. *Kredit foto: Ayaciksiti94  Kesesakan Luar Biasa Di Stesen LRT Penggunaan koc 2 gerabak pada waktu puncak sedikit sebanyak telah menyumbang terhadap kesesakan luar biasa di stesen LRT sejak akhir-akhir ini, ditambah pula dengan kebanyakan pekerja sudah kembali bekerja di pejabat. Penumpang yang menunggu di sesuatu stesen mungkin terpaksa melepaskan tren yang baru tiba di stesen walaupun telah menunggu lama ekoran tren itu sudah dipenuhi dengan penumpang dari stesen-stesen sebelumnya. Seperti di stesen LRT Pasar Seni, Berita Harian melaporkan bahawa penumpang dibahagikan mengikut laluan LRT dengan kumpulan 20 orang dilepaskan dalam satu masa untuk ke platform menunggu. Walaupun beratur panjang, pergerakan penumpang dari LRT ke Transit Aliran Massa (MRT) dan sebaliknya dilihat lancar. Kawalan pergerakan penumpang seperti ini pernah dibuat ketika negara dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kaedah ini dilaksanakan kerana platform di atas terlalu sesak apabila terdapat pertembungan di antara penumpang yang keluar tren dengan mereka yang masuk. LRT Dalam Proses Pemulihan, Kekerapan Tren Berkurang LRT laluan Kelana Jaya kini sedang dalam proses penambahbaikan dan pemulihan selepas lebih dua dekad perkhidmatannya setelah menelan belanja RM800 juta bagi membaik pulih 28 set tren jenis 818. Semasa tempoh pembaikan ini, kekerapan tren bertambah sekitar empat minit berbanding 2.5 minit sebelum ini. Menurut Menteri Pengangkutan sebelum ini, proses ini penting bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan kepada pengguna memandangkan prestasi tren jenis 818 telah menurun setelah 15 tahun beroperasi. Wajarkah Penggunaan Tren 2 Koc Ketika Waktu Puncak? Secara logiknya, dengan penambahan waktu menunggu LRT ketika ini, tren 2 koc ini dilihat tidak lagi wajar digunakan ketika waktu puncak bagi menampung lebih ramai pengguna dalam satu masa. Penggunaan tren 2 koc pada waktu puncak menyebabkan suasana di dalam tren itu menjadi padat dan sesak. Pengguna LRT yang harus bersesak-sesak antara satu sama lain juga terdedah dengan risiko dijangkiti COVID-19 memandangkan virus itu masih ada dalam kalangan kita. Walau bagaimanapun, tren 2 koc itu masih lagi relevan dan boleh digunakan oleh Prasarana, cuma hadkan penggunaannya terutama ketika waktu puncak dan lebihkan tren 4 koc ketika waktu puncak supaya kesesakan di stesen dapat ditangani. *Kredit foto: Utusan TV Tambang Percuma Sebulan, Tetapi.. Pemberian tambang percuma pengangkutan awam seperti LRT,MRT, KTM dan Bas Rapid KL selama sebulan memang sesuatu yang baik, namun kualiti perkhidmatan yang ditawarkan membuatkan ramai pengguna berasa tidak puas hati. Persoalannya, adakah pemberian tambang percuma selama sebulan ini dapat menyelesaikan masalah perkhidmatan LRT atau hanya sekadar gula-gula untuk rakyat supaya pengguna lupa tentang betapa teruknya perkhidmatan LRT sejak akhir-akhir ini? Syed Saddiq juga menyambut baik dengan pemberian tambang ini, namun beliau berpendapat jumlah subsidi RM155 Juta patut digunakan dengan lebih pragmatik dengan: Menambah koc penumpang Menambah bilangan tren Menambah bilangan bas awam Menaik taraf kemudahan di stesen Jika pemberian tambang percuma ini memerlukan pelanggan untuk beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menaiki tren, adakah pemberian tambang percuma ini berbaloi untuk memujuk mereka daripada menggunakan kereta untuk menaiki pengangkutan awam seperti ini? Bukankah lebih baik sekiranya dana itu digunakan untuk menambah baik fasiliti di LRT seperti eskalator yang rosak selama berbulan-bulan di stesen-stesen LRT tanpa dibaiki? Prasarana perlu menambah koc atau bilangan tren secepat mungkin bagi membantu mengurangkan bukan sahaja kesesakan di dalam tren, malah juga membantu mengurangkan kesesakan di stesen LRT serta di jalan raya sekiranya lebih ramai menggunakan pengangkutan awam. Penambahbaikan seperti ini bakal menarik lebih ramai pengguna LRT di masa hadapan.

Rata-rata pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) di Lembah Klang kecewa dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan memandangkan LRT sering mengalami kelewatan serta gangguan teknikal sejak akhir-akhir ini sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di stesen.

Kebanyakan daripada mereka yang penat menunggu di stesen mahukan pihak pengurusan LRT, iaitu Prasarana untuk mengambil inisiatif seperti menambah bilangan tren, menambah bilangan gerabak atau koc kereta api bagi menampung lebih ramai penumpang ketika waktu puncak.

Kenapa Perlu Tambah Gerabak?

Waktu kekerapan tren yang semakin berkurang
Mengelakkan kesesakan di stesen ketika waktu puncak
Mengurangkan kepadatan penumpang dalam gerabak

Berdasarkan perhatian kami, LRT laluan Kelana Jaya masih lagi menggunakan sebahagian tren 2 koc yang pendek walaupun tren 4 koc telah diperkenalkan. Ketika waktu puncak, kapasiti tren yang kecil akan menyebabkan kesesakan di stesen dan juga di dalam kereta api.

Apabila stesen sudah padat dengan lautan manusia, segelintir daripada pengguna terpaksa mencari pengangkutan alternatif lain yang lebih cepat untuk ke tempat kerja seperti e-hailing atau menggunakan bas. Bayangkan jika berlaku gangguan perkhidmatan di mana tren berhenti lebih lama di setiap stesen. Kalau guna tren dua koc, silap-silap tren baru melalui dua stesen, terus penuh.

*Kredit foto: Ayaciksiti94 

Kesesakan Luar Biasa Di Stesen LRT

Penggunaan koc 2 gerabak pada waktu puncak sedikit sebanyak telah menyumbang terhadap kesesakan luar biasa di stesen LRT sejak akhir-akhir ini, ditambah pula dengan kebanyakan pekerja sudah kembali bekerja di pejabat.

Penumpang yang menunggu di sesuatu stesen mungkin terpaksa melepaskan tren yang baru tiba di stesen walaupun telah menunggu lama ekoran tren itu sudah dipenuhi dengan penumpang dari stesen-stesen sebelumnya.

Seperti di stesen LRT Pasar Seni, Berita Harian melaporkan bahawa penumpang dibahagikan mengikut laluan LRT dengan kumpulan 20 orang dilepaskan dalam satu masa untuk ke platform menunggu. Walaupun beratur panjang, pergerakan penumpang dari LRT ke Transit Aliran Massa (MRT) dan sebaliknya dilihat lancar.

Kawalan pergerakan penumpang seperti ini pernah dibuat ketika negara dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kaedah ini dilaksanakan kerana platform di atas terlalu sesak apabila terdapat pertembungan di antara penumpang yang keluar tren dengan mereka yang masuk.

LRT Dalam Proses Pemulihan, Kekerapan Tren Berkurang

LRT laluan Kelana Jaya kini sedang dalam proses penambahbaikan dan pemulihan selepas lebih dua dekad perkhidmatannya setelah menelan belanja RM800 juta bagi membaik pulih 28 set tren jenis 818.

Semasa tempoh pembaikan ini, kekerapan tren bertambah sekitar empat minit berbanding 2.5 minit sebelum ini.

Menurut Menteri Pengangkutan sebelum ini, proses ini penting bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan kepada pengguna memandangkan prestasi tren jenis 818 telah menurun setelah 15 tahun beroperasi.

Wajarkah Penggunaan Tren 2 Koc Ketika Waktu Puncak?

Secara logiknya, dengan penambahan waktu menunggu LRT ketika ini, tren 2 koc ini dilihat tidak lagi wajar digunakan ketika waktu puncak bagi menampung lebih ramai pengguna dalam satu masa.

Penggunaan tren 2 koc pada waktu puncak menyebabkan suasana di dalam tren itu menjadi padat dan sesak. Pengguna LRT yang harus bersesak-sesak antara satu sama lain juga terdedah dengan risiko dijangkiti COVID-19 memandangkan virus itu masih ada dalam kalangan kita.

Walau bagaimanapun, tren 2 koc itu masih lagi relevan dan boleh digunakan oleh Prasarana, cuma hadkan penggunaannya terutama ketika waktu puncak dan lebihkan tren 4 koc ketika waktu puncak supaya kesesakan di stesen dapat ditangani.

*Kredit foto: Utusan TV

Tambang Percuma Sebulan, Tetapi..

Pemberian tambang percuma pengangkutan awam seperti LRT,MRT, KTM dan Bas Rapid KL selama sebulan memang sesuatu yang baik, namun kualiti perkhidmatan yang ditawarkan membuatkan ramai pengguna berasa tidak puas hati.

Persoalannya, adakah pemberian tambang percuma selama sebulan ini dapat menyelesaikan masalah perkhidmatan LRT atau hanya sekadar gula-gula untuk rakyat supaya pengguna lupa tentang betapa teruknya perkhidmatan LRT sejak akhir-akhir ini?

Syed Saddiq juga menyambut baik dengan pemberian tambang ini, namun beliau berpendapat jumlah subsidi RM155 Juta patut digunakan dengan lebih pragmatik dengan:

Menambah koc penumpang
Menambah bilangan tren
Menambah bilangan bas awam
Menaik taraf kemudahan di stesen

Jika pemberian tambang percuma ini memerlukan pelanggan untuk beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menaiki tren, adakah pemberian tambang percuma ini berbaloi untuk memujuk mereka daripada menggunakan kereta untuk menaiki pengangkutan awam seperti ini? Bukankah lebih baik sekiranya dana itu digunakan untuk menambah baik fasiliti di LRT seperti eskalator yang rosak selama berbulan-bulan di stesen-stesen LRT tanpa dibaiki?

Prasarana perlu menambah koc atau bilangan tren secepat mungkin bagi membantu mengurangkan bukan sahaja kesesakan di dalam tren, malah juga membantu mengurangkan kesesakan di stesen LRT serta di jalan raya sekiranya lebih ramai menggunakan pengangkutan awam. Penambahbaikan seperti ini bakal menarik lebih ramai pengguna LRT di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language