Categories
Auto news

Wanita Tersengih Sambil Cop Parking – Pelaku Boleh Didenda, Dipenjara

Seorang wanita telah keluar dari kenderaannya untuk berdiri dan menunggu kereta lain keluar meskipun ada kereta lain yang sedang menunggu parkir itu dikosongkan terlebih dahulu.

Meskipun kegiatan cop parking ini sudah berulang kali diberitahu sebagai perbuatan yang dilarang, nampaknya masih ada diantara kita yang masih tidak peka dan masih tekun mengecop parking terutama di kawasan membeli-belah.

*Kredit video: Hey XpG

Cop Parkir Masih Berleluasa

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Hey XpG di Facebook, adiknya sedang menunggu sebuah kereta untuk keluar dari kawasan parkir terbabit untuk meletakkan keretanya di kawasan itu.

Namun perkara menyakitkan hati berlaku kepada adiknya apabila ada seorang wanita telah keluar dari kenderaannya dan berdiri di kawasan parkir tersebut untuk menunggu kereta itu keluar meskipun adiknya telah menunggu di hapadan kereta itu.

*Kredit video: Hey XpG

Walaupun wanita itu telah diberitahu bahawa kegiatan cop parking ini salah disisi undang-undang, wanita itu hanya tersengih dan bertindak menghalang kereta adik si pemuat naik video tersebut bagi membenarkan kereta Mercedes bernombor plat Singapura yang kemungkinan milik keluarganya untuk masuk ke kawasan parkir itu.

Berdasarkan video, wanita yang cop parking itu bernasib baik kerana beliau dipertemukan dengan orang yang sabar. Bayangkan jika beliau bertemu dengan pemandu yang kurang sabar, barulah buku bertemu ruas.

Kesalahan Cop Parkir Mengikut Undang-Undang

Kegiatan cop parking ini adalah satu kesalahan di Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan individu yang cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000, atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan kali pertama.

Jika ianya berulang buat kali kedua dan seterusnya, individu itu boleh dikenakan saman maksimum RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi anda yang terserempak atau menjadi mangsa kepada kegiatan cop parking, tidak perlulah anda bergaduh atau merosakkan kereta si pelaku. Sebaliknya, anda boleh melaporkannya kepada pihak berwajib melalui:

Hantar Whatsapp ke 011-511 5252
Hantar emel ke [email protected]
Telefon 03-8886 6412

Selain itu, anda sebagai pengadu juga perlu menyediakan:

Maklumat peribadi pemandu (termasuk IC)
Lokasi
Tarikh dan masa
Nombor plat
Keterangan tentang situasi yang berlaku

Dah ada bukti? Laporkan sahaja tanpa bertumbuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language