September 27, 2022
Seorang wanita telah mendakwa jurujual tidak jujur dan mahu untung lebih apabila menjual Honda Civic Type R FK8 pada harga yang jauh lebih mahal berbanding Civic FC miliknya. Nampaknya ini bukan kali pertama Honda Civic FC disamakan dengan Civic Type R FK8. Tidak dinafikan, Civic Type R memang ada iras-iras Civic ketam jadi tidak mustahil bagi mereka yang tidak begitu arif tentang kereta untuk tersalah anggap. Civic Type R Tak Sama Dengan Civic Biasa Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsikan oleh jurujual kereta @recondkelate, video itu menerangkan bahawa untuk memilik Honda Civic Type R FK8, pembeli perlu: Mempunyai gaji minimum serendah RM7,000 sebulan Membuat pembayaran deposit sebanyak RM27,000 Membayar komitmen bulanan melebihi RM2,800 sebulan Walau bagaimanapun, video berdurasi 14 saat itu tidak menyatakan harga sebenar kereta itu atau apa-apa info lain berkenaan kereta tersebut. Perkara ini telah mengundang seorang wanita yang berasakan Civic Type R dan Civic miliknya itu adalah kereta yang ‘sama’ dan mempersoalkan video yang dikongsikan oleh jurujual terbabit. Menurut wanita itu, tempat kereta recond itu mahu mengambil untung berlebihan kerana menjual Honda Civic dengan harga yang tidak masuk akal. Tambah wanita itu, beliau juga memiliki sebuah Honda namun ia tidaklah memerlukan gaji minimum serta komitmen bulanan seperti yang dinyatakan. Perkongsian wanita terbabit telah mendapat perhatian ramai apabila beliau tidak dapat membezakan antara Civic FC dan Civic FK. Apa beza antara kedua-dua kereta ini sebenarnya? Beza Type R Dengan Civic FC Kalau diletakkan secara bersebelahan, memang nampak ada sedikit persamaan. Namun Civic Type R amatlah jauh berbeza kerana ia merupakan unit yang dibangunkan dengan pelbagai kelengkapan prestasi sebagai kereta yang sesuai untuk dilenjan di litar berbanding Civic biasa yang menjadi kegunaan penjawat awam ke pejabat. Exterior Type R menampilkan badan yang lebih lebar dan ringan serta reka bentuk yang jauh lebih agresif berbanding Civic biasa. Selain itu Type R hadir dengan Rim aloi BBS bersaiz 20 inci berbanding 18 inci pada varian tertinggi Civic FC. Type R juga lebih pendek kerana dibina berasaskan Civic hatchback, di mana pasaran Malaysia hanya menerima Civic sedan secara rasmi. Interior Bahagian dalaman Civic Type R penuh dengan kemasan berwarna merah, termasuklah tempat duduk semi bucketnya yang memberikan lebih aura kelajuan. Sementara itu, Civic FC pula menampilkan interior serba hitam. Prestasi Spesifikasi Honda Civic Honda Civic Type R Enjin 1.8L, SOHC 1.5L, 4 Silinder Turbo 2.0L, 4 Silinder Turbo VTEC Kuasa 141 PS 173 PS 320 PS Tork 174 Nm 220 Nm 400 Nm Transmisi CVT CVT 6-kelajuan manual Harga Sebelum Honda Civic 2022 dilancarkan, Civic ketam dan pasangan Type Rnya dijual pada harga: Honda Civic FC: RM 108,165 hingga RM 128,631 Honda Civic Type R: RM 330,002 Sekarang dah fahamkan kenapa perlu gaji yang tinggi untuk memiliki sebuah Type R? Diharapkan artikel ini dapat membantu mereka yang tidak arif tentang Honda supaya tidak menyamakan Civic Type R dengan Civic FC ketam di masa hadapan.

Seorang wanita telah mendakwa jurujual tidak jujur dan mahu untung lebih apabila menjual Honda Civic Type R FK8 pada harga yang jauh lebih mahal berbanding Civic FC miliknya.

Nampaknya ini bukan kali pertama Honda Civic FC disamakan dengan Civic Type R FK8. Tidak dinafikan, Civic Type R memang ada iras-iras Civic ketam jadi tidak mustahil bagi mereka yang tidak begitu arif tentang kereta untuk tersalah anggap.

Civic Type R Tak Sama Dengan Civic Biasa

Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsikan oleh jurujual kereta @recondkelate, video itu menerangkan bahawa untuk memilik Honda Civic Type R FK8, pembeli perlu:

Mempunyai gaji minimum serendah RM7,000 sebulan
Membuat pembayaran deposit sebanyak RM27,000
Membayar komitmen bulanan melebihi RM2,800 sebulan

Walau bagaimanapun, video berdurasi 14 saat itu tidak menyatakan harga sebenar kereta itu atau apa-apa info lain berkenaan kereta tersebut. Perkara ini telah mengundang seorang wanita yang berasakan Civic Type R dan Civic miliknya itu adalah kereta yang ‘sama’ dan mempersoalkan video yang dikongsikan oleh jurujual terbabit.

Menurut wanita itu, tempat kereta recond itu mahu mengambil untung berlebihan kerana menjual Honda Civic dengan harga yang tidak masuk akal. Tambah wanita itu, beliau juga memiliki sebuah Honda namun ia tidaklah memerlukan gaji minimum serta komitmen bulanan seperti yang dinyatakan.

Perkongsian wanita terbabit telah mendapat perhatian ramai apabila beliau tidak dapat membezakan antara Civic FC dan Civic FK. Apa beza antara kedua-dua kereta ini sebenarnya?

Beza Type R Dengan Civic FC

Kalau diletakkan secara bersebelahan, memang nampak ada sedikit persamaan. Namun Civic Type R amatlah jauh berbeza kerana ia merupakan unit yang dibangunkan dengan pelbagai kelengkapan prestasi sebagai kereta yang sesuai untuk dilenjan di litar berbanding Civic biasa yang menjadi kegunaan penjawat awam ke pejabat.

Exterior

Type R menampilkan badan yang lebih lebar dan ringan serta reka bentuk yang jauh lebih agresif berbanding Civic biasa. Selain itu Type R hadir dengan Rim aloi BBS bersaiz 20 inci berbanding 18 inci pada varian tertinggi Civic FC. Type R juga lebih pendek kerana dibina berasaskan Civic hatchback, di mana pasaran Malaysia hanya menerima Civic sedan secara rasmi.

Interior

Bahagian dalaman Civic Type R penuh dengan kemasan berwarna merah, termasuklah tempat duduk semi bucketnya yang memberikan lebih aura kelajuan. Sementara itu, Civic FC pula menampilkan interior serba hitam.

Prestasi

Spesifikasi
Honda Civic
Honda Civic Type R

Enjin
1.8L, SOHC
1.5L, 4 Silinder Turbo
2.0L, 4 Silinder Turbo VTEC

Kuasa
141 PS
173 PS
320 PS

Tork
174 Nm
220 Nm
400 Nm

Transmisi
CVT
CVT
6-kelajuan manual

Harga

Sebelum Honda Civic 2022 dilancarkan, Civic ketam dan pasangan Type Rnya dijual pada harga:

Honda Civic FC: RM 108,165 hingga RM 128,631
Honda Civic Type R: RM 330,002

Sekarang dah fahamkan kenapa perlu gaji yang tinggi untuk memiliki sebuah Type R? Diharapkan artikel ini dapat membantu mereka yang tidak arif tentang Honda supaya tidak menyamakan Civic Type R dengan Civic FC ketam di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language